Sunday, June 3, 2012

cerita cinta :)


perempuan itu kaya . cantik . lawa. memang lengkaplah pakej dia untuk jadi perempuan idaman setiap lelaki . walaupun perempuan itu ada semua ,dia tak bahagia. lelaki yang hadir dalam hidup dia berlandaskan ketamakan harta dan nafsu . apa guna semua itu . dia hanya mahu lelaki yang mampu membimbing dia. beri perhatian dan kasih sayang . biar miskin harta asalkan kaya ilmu . kaya harta semata mata tidak mampu menjamin kebahagian , tetapi kalau kaya harta dan kaya ilmu bahagia di dunia dan akhirat sana .hadir seorang lelaki tanpa diduga . lelaki itu cuma lelaki biasa. tak kaya dan tak miskin . hidupnya sederhana . dia tidak kacak mahupun comel . tetapi mukanya manis apabila dipandang . lelaki itu berjaya mencuri hati perempuan itu.tetapi hubungan mereka dihalang oleh ibu bapa perempuan itu . mereka tidak suka lelaki itu . hanya kerana lelaki itu berbeza taraf ,pangkat .zaman sekarang masih ada juga antara dua darjat . walaupun miskin , kaya tapi sebenarnya mereka sama . lelaki itu menyuruh perempuan itu bersabar . jika benar perempuan itu tulang rusuk dia yang hilang walau berapa banyak halangan dan dugaan jika jodoh mereka telah ditetapkan pasti mereka berjumpa kembali. namun malang tidak berbau . perempuan itu kemalangan . keadaan perempuan itu parah . sebulan dia tidak sedarkan diri. lelaki itu tidak tahu . ibu bapa perempuan itu menangis tidak sudah . tapi syukur alhamdulilah . perempuan itu sedar juga akhirnya . tapi dia menangis .kemalangan itu menyebabkan dia kehilangan sebelah kakinya. dia tidak sempurna . dia sentiasa bersendirian . dia sentiasa memikirkan lelaki itu . sudah setahun lamanya hubungan mereka terputus. selang beberapa hari . dia menerima kad jemputan . ibunya kata dari lelaki itu. perempuan itu tidak dapat menerima hakikat yang lelaki itu akan berkahwin . perempuan itu tidak membuka kad itu . tidak sanggup dia melihat orang yang dia sayang akan menjadi hak orang lain . tetapi dia sedar akan kekurangannya . mana mungkin dia layak bersama dengan lelaki itu .ibunya memaksa dia membuka kad itu . dia terkejut. perempuan itu adalah dia sendiri. mana mungkin . tiba tiba pintu dibuka . dan lelaki itu masuk . dengan berpakai baju melayu dan samping. dia kelihatan sungguh manis. perempuan itu mengalirkan airmatanya. perempuan itu berpaling muka dari melihat lelaki tiu. dia tidak sanggup. dia cacat . dia tidak sempurna. lelaki itu merenung wajahnya. kata kata lelaki itu membuat perempuan itu tidak mampu menahan sebak . menangis sepuasnya . Ya Allah . syukur alhamdulilah . tulang rusukku memang miliknya yang hilang . 


"awak ,saya tak kisah awak tentang fizikal awak. sebab saya cintakan awak bukan disebabkan kecantikan awak , harta awak . saya cinta awak disebabkan agama awak . awak saya menerima awak seadanya . saya berjanji akan menjadi imam awak . saya ingin menjadi suami awak sehingga jannah . saya ikhlas. perasaan ini bukan main main. saya yakin awaklah tulang rusuk saya yang hilang . " kata lelaki itu :)

No comments:

Post a Comment