Sunday, June 3, 2012

cinta dalam hati 3


                                                  tengok langit dan bulan 

aku bahagia dengan dia . aku tak pernah rasa sedih bila dengan dia. even kadang kadang dia buat benda yang annoying but for me it is okay. because aku dah terjatuh cinta dekat dia. perasaan yang tak boleh ditolak. ya aku tau ramai lelaki lain yang lagi better . tapi pada aku dia adalah satu hadiah yang paling indah yang pernah aku ada. dia terlalu istimewa bagi aku . tapi masalahnya aku takut . takut nak meluahkan isi hati aku. aku takut jawapan yang akan aku terima tak seperti aku harapkan . and paling aku tak nak friendship kitaorang terjejas . mimpi ngeri kalau benda tu jadii. aku tak nak . biar lah macam ni . jika jodoh aku dengan dia ada pasti akan tiba juga nanti kan kan . bayangkan jalan jalan dengan dia sambil makan ice cream . awwww so sweet . gelak sorang sorang . kalau orang lain tengok sure dia ingat aku gila , sawan ,meroyan semua lah . 

                                                 kedai buku popular 

hari ni aku tergerak nak beli novel . aku ajak amir ,tapi tak ada respon pon . so aku pergi sorang sorang la nampaknya . jalan hari ni macam semut yang beratur nak ambil makanan. punya lah jam . kalau orang nak melintas pun takda ruang . inilah kalau keluar time petang. pack sangat . boleh makan , tidur semua . tiba tiba lagu this is me keluar. aku pun apa lagi layan feeling la . dalam pukul 6 sampai dekat popular. cari parking . then terus pergi kedai buku . tapi . . kejap . aku macam nampak someone yang aku kenal . ya seseorang yang aku kenal . tak mungkin aku silap. adakah ini mimpi? amir with someone else. aku rasa macam nak pengsan . siapa perempuan tu ? patutlah dia tak balas call plus mesej aku. dia tengah bergembira sakan dengan orang lain rupanya . sampai nya hati dia. yaaa. sekarang aku terasa hati aku ditoreh sama itu pisau . sakit teramat sakit . orang yang aku sayang with someone else. aku nak menjerit 'heyyy ,thats mine' . but siapalah aku. aku tak layak . aku hanya pencinta dalam hati bukan siapa siapa bagi dia. aku tak tahu nak cakap apa. aku tak jadi nak pergi kedai buku. aku berjalan dengan arah yang aku sendiri tak pasti . hujan lebat di luar seakan akan memahami kesedihan yang aku alami . aku menangis buat kesekian kali. buat pertama kali aku menangis kerana dia. terima kasih buat aku macam ni mir. aku tahu siapa aku nak berada di sisi kau. aku tak layak . terima kasih sangat . aku bermain dengan hujan ,biar tiada siapa tahu betapa kecewanya aku , betapa hodohnya aku menangis disebabkan dia. 
                                                       
                                          pelangi aku pudar

pintu kaca yang tersergam indah , direka dengan cantik  . pangggggggggggg ! pecah ,berderai. sama macam hati aku . remuk .ya Allah jika ini ketentuanMU aku redha . kuatkanlah aku menghadapi ujian ini. tabahkan hati aku agar aku dapat menjalani hari hari aku seperti biasa. pelangi yang selama ini bersinar ceria kini pudar . jika dia bahagia dengan perempuan tu , aku pun tumpang bahagia , biarpun hati kecil ini meronta . hampir seminggu tiada khabar dari dia. lupa aku terus lepas dapat yang baru . how could you. kau lupa kawan kau , kau lupa orang yang selama ini bersusah senang dengan kau kan amir. aku boleh terima kau ada lain , tapi aku tak boleh terima kau lupa aku as kawan kau . kalau ni yang kau nak . baiklah. aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus melupakan kau even aku tau itu adalah perkara paling terakhir aku buat tapi untuk kebaikan aku juga. mesti kau suka .mesti kau bahagia . tiada aku sebagai pengacau hidup kau kan mir. yaaa aku ni pengacau. maaf amir kerana aku menganggu hidup kau dengan mesej dan call aku .selepas ini kau tak akan diganggu oleh aku lagi mir , 

                                                  kopitiam

'amir !' amir menoleh melihat hisyam kawan sekolah lama dia melambai lambai ke arahnya .amir terkejut melihat perubahan pada diri hisyam . semenjak jadi suami orang perwatakan dia sedikit matang berbanding dulu yang keanak anakan .'syam, kau makin hensem semenjak jadi suami orang ni ,' hisyam ketawa mendengar pujian amir . 'kau kalau nak hensem kau kahwin la cepat , haha '. 'siapalah aku ni syam , sorang pun tak nak kat aku ,' amir merendahkan nada suara menagih simpati . 'dah , geli aku dengar , buaya darat macam kau , petik sepuluh kali beratus datang ,' 'kau ni aku bukan macam tu lah , aku dah ada dah, tapii belum dapat lagi la,'. 'lah ,kau tunggu apa mir, ? nak tunggu dikebas orang baru kau nak gigit jari ke?' 'aku takut syam, takut direject '. 'kau suka siapa ni mir? aku kenal?' 'kau kenal lah , budak yang gaduh sakan dengan aku masa kat sekolah dulu . ingat ?' hisyam menggaru kepala cuba mengingati satu persatu wajah dan peristiwa di sekoolah dulu . ' haaaaaaaaaaaaa , aina ? aina balqisyah ? ' 'yaaaaa dia la syam .' 'lahhhh ,haha apa susahnya kawan satu sekolah lagi tu . bukan kau dengan dia memang dah rapat ka? ape lagi kau tunggu mir?' 'susah syam , susah syam '.

                                            taman tasik

amir berjalan sendirian di tepi tasik itu . dia bingung . dia tak tahu kenapa qis langsung tak bertanya khabar . mungkin salah dia . terlebih melayan fahira sampai lupakan qis. dia lupa qis bila ada fahira  . ''teruk betul aku ni ,'' amir pun tak tahu kenapa dia terlebih lebih melayan fahira sedangkan qis yang dia sayang , qis yang dia cinta . adakah dia kejam . mungkin dia kejam kerana tidak berterus terang dengan fahira . amir tak sanggup nak kecewakan perasaan fahira tapi dalam masa sama dia tak nak kehilangan qis. dia teramat sayangkan qis. terlalu banyak kenangan indah bersama qis and tak akan sesenang itu dia nak lupakan qis. dia keliru .tetapi kehadiran fahira membuat dia keliru dalam membuat keputusan . fahira selalu mendesak dia kahwin . dia yang salah kerana memberi harapan kepada fahira. 

                                  taman tema, times square .

balqis berjalan sendiri . berjalan di tempat yang banyak meninggalkan kenangan dia dengan amir . air mata tanpa sedari mengalir juga walaupun sekuat mana dia tahan air mata itu tetap keluar . dia terseksa. hari ni sudah genap sebulan dia menghilangkan diri dari amir . samaada amir sedar ataupun tidak. amir aku terseksa dengan keadaan macam ni mir ! sangat terseksa. please amir . carilah aku . in your dream lah qis . amir sedang bahagia dengan perempuan lain bukan dengan dia. aku rindu dia . qis terduduk menahan sakit kepala. mungkin disebabkan terlalu memikirkan masalah ini sehingga dia lupa menjaga kesihatan . dia lupa semua sebab amir . amir mempengaruhi hidup dia. tanpa amir qis tak kuat untuk jalani hidup ini . amir i want your spirit back . please amir . leave that girl for me. kepala qis berdenyut denyut . penglihatan semakin kabur . dan akhirnya dia pengsan .....

No comments:

Post a Comment