Sunday, June 3, 2012

dia jodoh aku :)


senyum kau , wajah kau , gelak kau . kenapa aku rasa kau sangat special . kau lain dari perempuan lain . setiap kali kau lalu dekat depan kedai aku ,aku selalu usha kau , n kau tak pernah sedar . kau bukan pandang aku . kau kalau jalan menonong jah ke depan . kadang kadang aku tengok kau ni kelakar sangat . clumsy . tu yang buat aku suka kat kau . bila sehari tak tengok kau rasa macam lain gila .ubat ape lah yang kau pakai ni wahai gadis . HOHOHO


ehem ehem . aku beranikan diri tegur kau for the first time . dengan gaya yang sengaja buat buat macho . aku senyum kat kau semanis manis nya . ehhhh kau balas balik . ya Allah. rasa nak jatuh pengsan lah . sweetnya kau . dari situ lah aku start borak borak dengan kau .sweet sangat time tu . then lama lama kita exchange nombor telefon. malam malam lepas balik keje aku sure akan buat super saver nak cakap dengan kau . nasib baik kau guna maxis kalau tak pokai jugak aku .


sarah. nama secantik orangnya . aku suka dia . serius aku cakap . dia lain . aku rasa macam aku dah jatuh cinta dengan gadis ni . dia tak hipokrit. semua yang dia buat semua spontan tu yang buat dia lagi comel. kalau aku nak gambarkan dia sampai besok pagi pon tak habis . satu malam tu aku luahkan perasaan aku melalui satu lagu yang aku ambil dari drama my girl .aku mainkan untuk dia . dia terdiam . then dia cakap dia terharu sangat sebab dalam dream dia, dia memang nak lelaki idaman dia mainkan gitar untuk dia . and aku cakap kat dia your dreams dah jadi kenyataan .tapi perasaan gembira aku tidak lama . aku hampa .tidur aku ditemani dengan air mata .for the first time aku menangis sebab perempuan .


dia dah ade yang punya sebenarnya . tapi kenapa ! kenapa dia bagi aku harapan jika harapan itu hanya tinggal impian .kenapa dia layan semua panggilan aku . kenapa dia layan aku dengan baik . kenapa ? ahhhh ! perempuan semua sama . mulut manis tapiii hipokrit tak sudah . kalau dah ada yang punya kenapa tidak dari awal dia bagi tahu . kenapa bila perasaan aku , sayang aku , cinta aku dekat dia dah terlalu dalam . tapi aku redha . mungkin ada hikmah semua ini berlaku . aku redha . aku doakan dia bahagia . kerana dia perempuan yang bertakhta di hati aku saat ini . tak mungkin dengan mudah aku akan lupakan dia . aku akan doakan kebahagian dia dari jauh. biar pedih ,biar sakit .biar aku tanggung seorang diri.


6 bulan kemudian ....aku dapat kad jemputan . bila tengok gambar dekat kad tu aku dah dapat agak . dia akan menjadi hak milik orang lain . untungnya orang tu . hari ahad . lagi 3 hari lagi . aku serba salah nak pergi ke tak ? pergi ? tak? pergi ? haaaa pergi jah lah . dia pon pernah menjadi kawan aku . ape salahnya . nak jugak aku tengok siapa mamat yang bertuah sangat tuuu . 


hari yang dinanti pon tiba . berdebar pulak aku. rasa macam aku yang nak kahwin . in your dream la fahmi. mase aku sampai tu .sarah dah terduduk cantik di atas pelamin . cantik nya dia . telan air liur kejap . jeling sebelah . ohhh patutlah tak pandang aku . mamat tu not bad . macam orang kaya jah . pedih hanya tuhan jah tahu . melihat orang yang kau sayang tengah bersanding dengan orang lain . kalau ikut hati yang jahat nak aku tolak mamat tu jauh jauh . aku yang layak duduk sebelah tu .


pokkkk ! ekk siapa lah yang takde keje main renjis renjis air kat aku ni. aku pandang belakang takda pulak orang . budak budak lah ni . haiyoo. sekali lagi dia renjis aku . pandang belakang takda orang . aku dah lah tengah frust menonggeng . nasib tak tertonggeng kat sini . ni kau main main dengan aku . aku dapat kau memang siap kau . aku tak lalu nak makan . soo aku decide na balik jah lah . lagi lama aku kat sini boleh sakit jiwa. aku pon melangkah kan kaki aku . tapi belum sempat aku meneruskan langkah . boommmm ! aku kene simbah dengan air . aku pandang atas . hah ! apesal dia ada kat sini ? bukan .. bukan dia patut kat sana kah ? ha ? aku blur . tak jadi aku nak menghamburkan kemarahan aku . si dia pulak boleh terkekeh kekeh gelak . hampes budak ni . dah lah basahkan aku . dia boleh panjat pokok n baling aku dengan air . 


apakah ini dinamakan jodoh ya Allah . dia memang tercipta untuk aku . ya Allah . perasaan yang sukar nak digambarkan . yang di atas pelamin tu kembar dia . aku pon satu tak baca name yang ada dekat atas kad tu . memang hampir terjatuh jantung aku bila tengok dia yang aku sayang tengah bergayut atas pokok . sabar je lah wahai hati .dia mula membuka cerita . satu per satu . malam masa aku meluahkan perasaan tu. dia sebenarnya takda sape2 pon dalam hidup dia. dia saja nak mentestingkan aku .sebab dia nak tengok sejauh mana aku sayang kat dia . ya Allah . kalau aku boleh peluk perempuan ni, sekarang jugak aku buat . tapi nasib baik iman aku kuat . nak aku jerit biar satu dunia dengar yang AKU SAYANG SARAH N AKU CINTA SARAH SANGAT SANGAT . kenape dia buat aku macam tu . dia seksa hati aku . dia cakap dulu dia ada seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia . hampir nak kahwin tapii last2 dia dapat tahu yang lelaki tu suami orang . start dari situ dia susah nak percaya lelaki .sebab tu dia saja uji aku macam tu .


see sampai sekarang aku takda pengganti dia. sebab takda siapa yang dapat menggantikan dia. bila dia dapat tahu perasaan aku n apa aku rasa bila dia buat macam tu dia minta maaf gila gila kat aku . sampai sanggup menari itik depan aku. haiii sayangnya aku dekat dia hanya Allah saja yang tahu .aku akan jadi guardian angel dia buat selamanya . :) saat itu juga aku mendengar kalimah keramat itu dari bibir dia . happy nya tidak terkata .aku nyanyikan lagu KAU GADISKU untuk dia . dia terharu sampai menitiskan air mata . ya Allah kau kekalkan perasaan aku terhadap dia .biar lah cinta kami kekal hingga ke syurga nanti . amin :)


sarah :awakkk , saya dah jumpa orang yang boleh menyanyi kan lagu untuk saya . hari hari awak kene nyanyi untuk saya boleh ? saya sorang ja tau :D
fahmi :boleh sayanggggg . :D




namie memang suka merepek :D maaf jika ade kesalahan tatabahasa or so on kerana dah lame tak belaja BM HOHOHO


sekian terima kasih :D



No comments:

Post a Comment