Sunday, June 3, 2012

part 3


semakin lama hubungan aku dengan adam semakin rapat. masuk hari ini sudah genap 5 bulan kami berkawan . tapi adam masih tidak menunjukkan tanda tanda dia suka aku. walaupun begitu aku bahagia dengan dia. dia melayan aku dengan baik. kadang kadang ada jugak kitaorang gaduh gaduh. aku ingat lagi, minggu lepas kitaorang gaduh masa mahu menontong wayang . dia nak tengok twilight .aku nak tengok ombak rindu .kitaorang bertekak time tu jugak. lepas tu aku cakap la ,okay la fine awak tengok cerita awak saya tengok cerita saya . then on my way kat kaunter tiket tu belum sempat aku bersuara dia cakap kat akak kaunter tu , miss two tickets ombak rindu please :). aku mendongak pandang dia. dia kenyit mata kat aku . alolor , sweetnya dia. cair aku dekat situ. then masa dalam wayang tu dia yang over tengok cerita tu, time aaron aziz menangis tu ,dia kata ,dia pun akan macam tu kalau dia dekat tempat aaron aziz . aku perli dia , eh awak tadi siapa yang tak nak tengok ombak rindu eh , wink wink mata aku . dia pandang aku , dia senyum and cakap muvie ni pon okay la sayang , boleh saya praktikkan nanti dengan awak kan.merah padam muka aku dia panggil aku sayang ,sebaik tempat ni gelap, tak da lah nampak sangat .


Ya Allah ,jika dia jodoh aku, kau dekat kan lah dia padaku , jika tidak jauhkan dia daripada aku, agar tiada hati yang akan kecewa nanti. aku merasa senang dengan dia, dan aku mula jatuh cinta dengan dia. Ya Allah .


selepas solat subuh aku terus check handphone. ada mesej dari prince charming aku . dia mahu jumpa aku lunch nanti .senyum senyum kambing aku balas mesej dia. dah lama aku tak rasa perasaan ini. lama sangat . aku harap dia orang yang tepat . jangan kau sakiti hati ini lagi wahai adam . tengah dok berbalas mesej mama masuk , mama selalu masuk salah time. aku tengah berangan ni, dia dah start kenakan aku dah , ada kah patut dia suruh aku cepat cepat kahwin takut aku jadi gila sebab senyum sensorang macam tu .and dia tambah lagi , mama tak sanggup tengok anak mama kena hantar masuk tanjung rambutan , lepas tu dia gelakkan aku .aku terus turun ikut mama breakfast . then papa pulak tanya ,bila nak bawak si dia jumpa papa . err aku dah gagap kat situ . soo aku sengih sengih macam kerang wangi and makan laju laju .


time lunch aku tunggu kat kopitiam yang masa 1st time kitaorang jumpa. lambat pulak mamat ni . aku order air aku , haus sangat tunggu dia. lepas tu aku dengar suara berkata kata , minum sorang sorang jah kan . ehemm tersedak aku . sorry lah , awak lama sangat , tu saya minum dulu . nak minum ? nah . aku ajak ajak ayam jah , tiba tiba dia betul betul ambil air aku. dia habiskan air aku , aku besarkan mata aku . then dia order air yang sama dua. and order makan sekali. chicken chop and fried rice , awesome .lepas habis makan ,dia pandang aku macam nak makan .aku pun macam adeh malu lah kan. tetiba rasa macam darah semua naik atas. rasa nak demam pun ada . akhirnya , aku dengar perkataan tu keluar dari mulut dia . setelah berbulan aku tunggu . he loves me . syed adam haikal suka johanna nabila . aku macam terkedu . tak tahu nak cakap apa. 


saya suka awak sejak 1st time saya jumpa awak . bagi saya awak comel sangat and saya suka tengok muka awak yang cepat gelabah and buat buat tak bersalah . saya suka tengok bila awak cakap terlalu jujur . awak lurus tapi lurus awak tu yang menambahkan kecomelan awak .awak suka buat muka , awak suka buat senyum yang comel . awak suka buat kelakar . and saya jatuh cinta dengan awak tanpa sebab yang kukuh . but for me you are too special . and i dont care who you are before .i will accept you no matter who you are . 


ayat itu terngiang ngiang di kepala aku . terlalu spontan . sampaikan aku takda ruang nak bernafas . okay kalau perempuan lain mesti dah excited , tapi maybe sebab aku ni terlalu gelabah aku pengsan kat situ . ya allah , malunya aku . sedar2 aku dah ada kat hospital . jeling sebelah ,dia ada . dia senyum dekat aku . saya mimpi ke tadi awak ? kata kata tu ... and dia suruh aku diam and tidur . rehat banyak banyak . aku pon tak berdaya nak membuka mata ni so aku terus sambung tido aku .dalam mimpi aku ,ada taman bunga , penuh dengan bunga . ada seorang lelaki muncul secara tiba tiba membawa sejambak bunga . dia bagi aku bunga itu . and dalam bunga itu ada cincin . cantik sangat . dia ambil cincin itu and dia melutut dekat depan aku and . aku pun terus tersedar dari mimpi itu . ades potong betul lah . 


mama and papa ada dekat situ . parents aku ni memang kalut sikit kalau aku masuk hospital .tapi at least aku tahu ada orang yang sayang aku kan . kita akan tahu siapa yang akan ambil berat dekat kita bila tiba waktu sakit . thats truth .sarah and fahmi pun ada dekat situ . berseri seri aku tengok muka sarah . then dorang semua keluar , tinggal aku dengan sarah . aku rindu sangat dekat dia. sarah peluk aku . and dia sempat kenakan aku , beb takkan orang luahkan perasaan dekat kau sampai kau pengsan macam ni , kau dah kes parah ni , dia gelak terbahak bahak . aku pun pelik macam mana lah aku boleh pengsan pulak . potong betul la. aku tanya sarah , adam ada datang tak ? sarah angguk and dia kata ,adam yang teman kau semalam. esok tu baru dia kol parents kau and aku bagi tau kau masuk hospital . dia kena basuh dengan parents kau sebab lambat bagi tahu . adam minta maaf gila gila sampai sanggup pergi bawak parents kau sarapan .kelakar aku tengok . nak jaga hati mertua lah katakan . adam balik sekejap . nanti petang dia datang balik. muka aku dah terlalu tebal sekarang. dia jaga aku semalaman . sure dia tengok muka hodoh aku bila tidur . malunya aku.

No comments:

Post a Comment