Tuesday, June 5, 2012

sahabat :')

melihat bulan yang indah . subhanAllah. terpaku sebentar . aku menyendiri di sini . jauh dari mereka yang menyakitkan hatiku. mereka yang tidak memahamiku. aku rindukan dia. sahabat aku. sudah agak lama kami tidak bertegur sapa . sudah agak lama kami tidak bersua muka . semuanya gara gara salah faham yang terjadi. aku cuba menerangkan kepada dia. tetapi dia cepat menjatuhkan hukuman sebelum mendengar penjelasan aku. sampai hati dia. 10 tahun kami bersahabat . 10 tahun kami berkongsi suka dan duka. disebabkan masalah yang kecil ini dia memperbesarkan. betul lah orang kata . disebabkan lelaki persahabatan pun boleh terputus. kuatnya panahan cinta sehingga mampu meruntuhkan persahabatan yang sudah lama terjalin . aku menangis sendiri. tiada siapa di sisi yang sanggup mendengar luahan hati. dengan melihat bulan . aku mengagumi ciptaan Allah. aku leka. aku lupa semua masalah. 

aku melihat semua gambar gambar kami. aku sedih. aku kecewa. aku tidak boleh hentikan air mata ini . aku tidak boleh kuatkan diri ini. dialah sahabat satu satunya yang aku ada. bagaimana aku nak teruskan hidup jika dia melayan aku seperti aku tidak wujud. bagaimana rasa orang yang kau sayang . tiba tiba buat kau macam kau halimunan . dia hiraukan kau. pedih sangat . pedih sangat hati ini. tiada daya aku melangkah. hati terasa sebak. kau menuduh benda yang aku tak buat . sedangkan lelaki itu yang baru kau kenal lebih kau percaya. sampai hati kau tiqah. dia sengaja memecabelahkan hubungan kita. dia sengaja menghuru harakan hubungan kita. dia jahat tiqah . dia tidak layak untuk kau. ada lelaki yang lebih layak untuk kau . janganlah kau butakan hati kau sebab dia. apa kau lupa pada janji kita. 

satu surat aku karang . ehh bukan satu lebih dari 4 helai lebih aku tulis kalah karangan sejarah. aku lipat. aku suruh kawan sebilik aku tolong pass dekat tiqah. aku sudah siap pack semua barang. lebih baik aku pergi dari dia terus seksa hati aku. aku terpaksa berpindah dan cari rumah sewa lain. mungkin tiqah tak sanggup nak pandang muka aku lagi. tapi tiqah satu ja benda perlu kau tahu . aku sentiasa maafkan kau. dan aku sentiasa berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk tahu kebenaran .

                                           sebulan kemudian
faraaaaaaaaaaaaaa ! aku terdengar suara yang agak lama aku tak dengar . aku pusing. belum sempat aku bersuara tiqah terus peluk aku. dia menangis semahu mahunya. aku terasa sebak.tapi apabila aku kenangkan yang orang ramai sudah berkerumun dekat kitaorang . aku terus cakap dekat tiqah. ''beb , dah dah lah tu kejap lagi sambung . orang tengok ni. '' tiqah mengesat air matanya . dia tersengih . ''maafkan saya wahai penghuni shopping complex sekalian. saya beremosi . sebenarnya saya sudah lama tak berjumpa dengan sahabat saya. okay assalamualaikum . sambunglah korang shopping balik ya . jum fara '' tiqah selamba tarik tangan aku. ''wey kau sihat tak ? yang kau pergi cakap dekat dorang macam tu ape kes? '' '' fara fara haha kau macam tak kenal aku. fara . hmmm aku minta maaf sangat sangat . dari hujung rambut sampai hujung kaki . maafkan aku. aku terlalu bodoh . lelaki tak guna tu memang penipu. dia jahat fara . dia jahat. '' tiqah menangis. ''sudahlah tiqah . aku dah lama maafkan kau . dah dah lupakan semua tu . kita tutup buku lama okay :) aku rindukan kau tiqah .sejujurnya aku rindu kau sangat . rindu lawak kau . rindu bodoh kau haha '' tiqah mencubit peha fara . ''aku punnn . meh hug hug meh haha . '' aku memeluk tiqah . melepaskan rindu pada sahabat aku itu. sudah pasti kebenaran akan muncul . lambat atau cepat pasti akan terbongkar jua.  syukur alhamdulilah . :')

''fara kalau aku takda . kau jangan lupakan aku tau. aku nak kau tahu masa kita tak bertegur aku selalu harapkan kau pujuk aku . tapi kau tak pujuk. mungkin sebab ego masing masing tinggi kot .'' ''beb jangan cakap macam tu. aku bukan tak nak tegur . tapi kau pandang muka aku pun taknak macam mana aku nak cakap dengan kau. takut lah aku kalau kau tak layan.'' ''fara aku menyesal . menyesal sangat buat kau macam tu. aku bersalah sangat dekat kau. fara kalau nanti apa apa jadi dekat aku . kau jangan lupakan aku tau . kalau kau lupa aku kacau kau setiap hari haha '' tiqah mula merepek. ''tiqah kau kenapa . jangan cakap bukan bukan lah. '' 

                                             seminggu kemudian
aku keluar dengan tiqah seperti biasa. aku rasakan macam hari ini adalah hari paling seronok sedunia. kitaorang tengok wayang , makan , g jalan jalan dekat taman , g zoo. haha aku dah lama teringin nak pergi zoo. tau kenapa? sebab dekat zoo tenang ja . macam macam haiwan ada . best . kitaorang pergi jalan jalan dekat pantai. ''faraaaa kau nak aiskrim ?'' aku anggukkan kepala . jum kita pergi beli kat seberang sana . ''kau pergi lah aku tunggu sini .'' ''okay .'' tengah tiqah nak melintas duit dia jatuh. aku nampak kereta laju ke arah dia . aku menjerit . tiqah tak dengar . pommmmmmmmm. 

fara kenapa kau buat semua ni fara . sepatutnya aku yang terlantar dekat hospital ni bukan kau. pengorbanan kau terlalu besar fara . fara please sedar . semasa fara menjerit memanggil nama tiqah masa incident tu fara berlari menolak tiqah tapi dia yang menjadi mangsa. tiqah menjerit macam orang gila masa tu. fara sempat berkata''tiqah kau sahabat dunia akhirat aku '' tiqah meraung .  

fara bangunlah fara . sampai bila kau nak tidur dekat hospital ni . tak best kau tahu tak . doktor pun takda yang hensem . bangunlah fara. fara kau ingat tak dulu masa kita zaman sekolah . kita antara pelajar yang selalu keluar masuk bilik disiplin kan . sebab selalu buat kes. aku yang jadi ketua . kau ikut ja. ada orang kata kau bengong sebab ikut ja aku. tapi kau jawab .''aku bukan bengong tiqah sahabat aku , aku ikut dia sebab aku nak nasihatkan dia ,'' memang betul setiap kali aku buat jahat mesti mulut kau berleter macam mak nenek . kau banyak bagi nasihat dekat aku. aku sedar . kalau kau takda fara mesti aku tak macam sekarang .fara kau satu dalam sejuta . kau baik fara . tersangat baik. aku ja yang selalu sakitkan hati kau. keras kepala. aku ego fara. fara maafkan aku, please bangun fara .

dua minggu lebih fara tak sedarkan diri . tapi kesabaran dan doa sahabatnya yang tidak putus putus. fara akhirnya sedar. syukur alhamdulilah. ''faraaaaaaaa lama kau tidur . rindu aku dekat kau tau .'' fara tersenyum . dia menangis. terima kasih ya Allah atas anugerah terindah ini. dialah permata . dialah sahabat yang tak mungkin berganti. 

*note* kita sering menganggap persahabatan itu mudah . tapi hakikatnya hanya mereka yang benar benar mengerti erti persahabatan itu sendiri akan tahu betapa mahalnya nilai sebuah persahabatan. harta tak mungkin dapat membeli. hati yang suci dan murni yang dapat mencari sahabat yang sejati. hargailah sahabat selagi mereka masih hidup . bersyukur kerana ada sahabat . kerana ada antara kita masih belum berjaya mencari seorang sahabat . kita yang dah ada ni hargai lah :) 

No comments:

Post a Comment