Sunday, June 3, 2012

cerita cinta :)


perempuan itu kaya . cantik . lawa. memang lengkaplah pakej dia untuk jadi perempuan idaman setiap lelaki . walaupun perempuan itu ada semua ,dia tak bahagia. lelaki yang hadir dalam hidup dia berlandaskan ketamakan harta dan nafsu . apa guna semua itu . dia hanya mahu lelaki yang mampu membimbing dia. beri perhatian dan kasih sayang . biar miskin harta asalkan kaya ilmu . kaya harta semata mata tidak mampu menjamin kebahagian , tetapi kalau kaya harta dan kaya ilmu bahagia di dunia dan akhirat sana .hadir seorang lelaki tanpa diduga . lelaki itu cuma lelaki biasa. tak kaya dan tak miskin . hidupnya sederhana . dia tidak kacak mahupun comel . tetapi mukanya manis apabila dipandang . lelaki itu berjaya mencuri hati perempuan itu.tetapi hubungan mereka dihalang oleh ibu bapa perempuan itu . mereka tidak suka lelaki itu . hanya kerana lelaki itu berbeza taraf ,pangkat .zaman sekarang masih ada juga antara dua darjat . walaupun miskin , kaya tapi sebenarnya mereka sama . lelaki itu menyuruh perempuan itu bersabar . jika benar perempuan itu tulang rusuk dia yang hilang walau berapa banyak halangan dan dugaan jika jodoh mereka telah ditetapkan pasti mereka berjumpa kembali. namun malang tidak berbau . perempuan itu kemalangan . keadaan perempuan itu parah . sebulan dia tidak sedarkan diri. lelaki itu tidak tahu . ibu bapa perempuan itu menangis tidak sudah . tapi syukur alhamdulilah . perempuan itu sedar juga akhirnya . tapi dia menangis .kemalangan itu menyebabkan dia kehilangan sebelah kakinya. dia tidak sempurna . dia sentiasa bersendirian . dia sentiasa memikirkan lelaki itu . sudah setahun lamanya hubungan mereka terputus. selang beberapa hari . dia menerima kad jemputan . ibunya kata dari lelaki itu. perempuan itu tidak dapat menerima hakikat yang lelaki itu akan berkahwin . perempuan itu tidak membuka kad itu . tidak sanggup dia melihat orang yang dia sayang akan menjadi hak orang lain . tetapi dia sedar akan kekurangannya . mana mungkin dia layak bersama dengan lelaki itu .ibunya memaksa dia membuka kad itu . dia terkejut. perempuan itu adalah dia sendiri. mana mungkin . tiba tiba pintu dibuka . dan lelaki itu masuk . dengan berpakai baju melayu dan samping. dia kelihatan sungguh manis. perempuan itu mengalirkan airmatanya. perempuan itu berpaling muka dari melihat lelaki tiu. dia tidak sanggup. dia cacat . dia tidak sempurna. lelaki itu merenung wajahnya. kata kata lelaki itu membuat perempuan itu tidak mampu menahan sebak . menangis sepuasnya . Ya Allah . syukur alhamdulilah . tulang rusukku memang miliknya yang hilang . 


"awak ,saya tak kisah awak tentang fizikal awak. sebab saya cintakan awak bukan disebabkan kecantikan awak , harta awak . saya cinta awak disebabkan agama awak . awak saya menerima awak seadanya . saya berjanji akan menjadi imam awak . saya ingin menjadi suami awak sehingga jannah . saya ikhlas. perasaan ini bukan main main. saya yakin awaklah tulang rusuk saya yang hilang . " kata lelaki itu :)

cinta dalam hati akhir


                                                          hospital
"awak sakit !" kata kata doktor bermain main di fikiran aku . apakah ini semua sekadar mimpi burukku atau realiti hidup yang menyakitkan bagi aku . ya Allah dugaan apakah ini . aku tak kuat . aku tak kuat . aku terbayangkan wajah mak ,ayah , akak and abang . and dia . amir . aku akan tinggalkan mereka . ya Allah bagaimana aku mahu memberitahu mereka . aku tidak sanggup melihat mereka sedih kerana aku . aku menghidap barah otak tahap akhir . aku tak pernah berjumpa doktor kerana aku takut . tapi sekarang inilah kesan yang aku dapat disebabkan terlalu degil . sejak sekolah menengah kepala aku selalu sakit . kadang kadang aku rasa macam penglihatan aku kabur . aku anggap itu semua hanya sakit biasa. aku meraung sendirian dalam bilik. tiada siapa di sisi aku di saat ini . aku keseorangan menanggung sakit yang amat memedihkan ini .

                                                   rumah balqis
amir berkali kali menekan loceng rumah qis tapi tiada jawapan . tiada seorang pun yang keluar . amir bingung . sudah lah telefon tidak berjawab . "mana hilang kau qis ," amir mengeluh ."aku rindu kau , seriously aku sakit rindu dekat kau , kenapa kau hilang tiba tiba . apa salah aku qis . apa yang aku buat qis ? kalau aku buat kau sedih , kau sakit hati , aku minta maaf qis," amir menjerit di luar rumah macam orang gila . balqis yang berada dalam rumah menangis mendengar kata kata amir itu . dia tak sanggup menyeksa amir sebegitu , tapi apakan daya , peristiwa yang berlaku tempoh hari betul betul menyakitkan hatinya dan membuatkan dia berjauh hati dengan amir . tapi perasaan dia yang terlalu kuat terhadap amir membuat dia membuka pintu rumah . amir kelihatan gembira melihat gadis yang dirinduinya . "qissss! , mana kau pergi qis ? " "aku sibuk kebelakangan ni mir . maaf ya ." "kot ya pon sibuk ,apesal aku telefon kau tak berangkat ,mesej tak berbalas .orang lain pon sibuk jugak qis ," "ingat jugak kau kat aku kan mir , aku ingat kau dah lupa kat aku lepas dah ada girlfriend kan mir ," amir yang ,mendengar kata kata qis itu terkejut . " girlfriend ? siapa girlfriend aku qis ?" "wah !ramai jugak eh girlfriend kau kan mir sampai tak ingat yang mana , " amir bertambah pelik melihat balqis . siapa gadis yang dimaksudkan balqis . adakah balqis ternampak dia keluar dengan fahira. "kau cakap apa ni qis , aku tak pernah ada girlfriend , perempuan yang kau maksudkan siapa qis ? cakap dengan aku ?" "aku ternampak kau dengan dia depan popular , aku tengok mesra semacam ja malas lah aku nak tegur kau . so aku terus chow ja . " " fahira , ya itu fahira . dia sepupu aku lah qis . aku dengan dia memang rapat sejak dulu lagi . sikit pon aku tak ada perasaan kat dia . dia yang terhegeh hegeh dekat aku ." "orang dah suka tu kau cakap dia macam tu pulak , tak baik mir ," " aku bukan apa , perasaan tak boleh dipaksa qis . aku langsung takda hati kat dia . perasaan sayang aku and cinta aku hanya dekat seseorang yang istimewa ." " untunglah kan mir yang istimewa tu kan ," "eh mestilah untung dapat aku yang baik, hensem and comel ni . " amir buat muka poyo dia . aku tergelak gelak melihat kepoyoaan dia . " kau jangan nak perasan lah , kesian dia sebab dapat lelaki yang poyo macam kau ," balqis menjuihkan bibir nya . " sampai hati kau qis , aku sedar aku tak layak untuk ...... kau kan ." amir bercakap dengan nada yang perlahan . "untuk siapa mir ? " adakah aku kurang jelas di situ atau sememangnya kata kata yang didengar itu untuk dia . "takda siapa siapa lah qis , haha kau ni ." balqis mengeluh sendirian . "qis jom keluar . dah lama aku tak berborak dengan kau . rindu aku tau . " "kau tunggu kejap aku nak siap ," "okay princess ."

                                                      time square
amir:"qis ,jum masuk theme park ."
qis :"jum jum , aku rindu nak main semua benda tu dengan kau ." amir:
"ya aku pun sama , rindu nak tengok kau muntah muntah , haha ."
qis:"elehhh ,kau pun sama . jangan cakap aku ja , macam perempuan kau ni mir. haha ."
aku lupa akan semua sakit yang aku alami apabila amir di sisi aku . aku lupa semua masalah aku apabila amir ada . amir kau sangat istimewa , how i wish you know how much i love you amir . masa aku main bumper car dengan amir . kepala aku berdenyut denyut . penglihatan aku kabur . aku berhenti dan mula menstabilkan diri aku . amir yang melihat kelihatan pelik . " qis ,kau okay tak ? " "aku okay , mir , aku lapar ." " lah , jum jum kita makan ya ."

                                   sushi king
"qis kau sure makan sini ? kau kenyang tak nanti ?" "aku nak jugak ,aku mengidam ni ." "okay okay la , jum jum ." " yeayyyy sayang kau mir ." "apa dia qis ?" "sayang kauuu ." amir tersenyum kambing dekat situ . comel ja muka dia . "qis kalau kau sebut perkataan tu hari hari boleh , aku suka lah ." "haha kau meroyan eh mir , dah dah order cepat aku lapar ni ," "okay okay kau order lah berapa banyak pun aku belanja . " "dah memang selalu pun kau yang belanja ." "aah kan . aku lupa . apesal aku ni baik sangat eh qis ." amir garu garu kepala dia yang tak gatal sambil buat muka suci . " eeee geli lah aku mir ,tak payah lah nak buat muka macam pari pari . " "haha ,kau jeles kan qis ." "eee takda makna okay .talk to my hand ." qis menunjukkan gayanya . "hye tangan , jum kapel dengan i nak tak ." "mir kau sawan ka ?" "haha dah kau suruh aku cakap dengan tangan kau ?" "dah lah mir , layan kau punya loyar buruk sampai esok aku tak makan ." "makan lah qis ." "aku nak makan puas puas . mana tahu esok esok aku tak dapat rasa kau belanja ." "apesal kau cakap macam tu pulak ?" "err takda pape ,saje ja mir ." " mir nanti pergi pizza hutt ehh , aku nak makan kat sane pulak , lepas tu kita pergi karaoke , lepas tu kita pergi pusing pusing KL eh mir . aku takut tak sempat pulak aku nak habiskan masa dengan kau ." " qis ! kau kenapa cakap macam takda hari esok ?" "takda pape . aku tak kira yang penting aku nak buat semua tu hari ni . kalau tak aku tak kan cakap dengan kau selama lamanya . mane kau nak ?" " baiklah qis akan aku tunaikan semua permintaan kau . " "yeayyyy sayang kau dunia akhirat mir . " amir merenung balqis dengan seribu tanda tanya . amir dapat merasakan ada rahsia yang disembunyikan balqis , tapi apa dia ? dia sendiri tidak tahu . yang penting dia mahu balqis bahagia . asalkan balqis bahagia dia akan turut bahagia. balqis ingin menghabiskan masa masa saat saat akhir bersama amir . dia ingin saat saat akhirnya bersama amir . dia ingin amir ada di sisinya di saat akhir . dan dia mahu semua keluarga dia turut sama ada .

                                              malam di KLCC
aku duduk di bangku menyaksikan keindahan malam di KLCC bersama amir . indahnya jika masa masa ini berlaku selama lamanya . kau dengan orang yang kau sayang . dengan orang yang kau cinta and kau nak hidup dengan dia . tak terucap dengan kata kata , tak tergambar dengan bayangan . "mir ,cantik kan tempat ni .mir aku nak kau tahu kalau satu hari aku takda , kau jangan lupa dekat aku ya mir . " kalau kau rindu aku kau pergi lah di sini . kenangan kenangan bersama dengan kau tak akan aku lupa mir . " "qis , kau kenapa qis ? ada apa apa yang kau rahsiakan dari aku ? " " takda apa apa lah mir . aku cakap saja . " " aku nak kau tahu aku bahagia ada nya kau dalam hidup aku . kau adalah insan paling penting selepas ibu bapa aku ." "qiss , aku sayang kau qis . kalau ada apa apa kau bagi tau , jangan buat aku fikir yang bukan bukan qis . " amir memegang tangan balqis dan merenung sedalam dalamnya ke mata balqis . balqis membalas renungan mata itu ,tapi dia kalah . dia tak sanggup bertentang dengan amir . dia tak sanggup memberitahu perkara sebenar kepada amir . "qis ,kenapa kau diam . tell me the truth qis . " " nothing , nothing . " balqis menggelengkan kepala . "mir ,jum hanta aku balik . kau singgah rumah aku dulu ya . " "okay qis . jum jum ."
amir satu yang aku tak kan lupa pasal kau , apa yang aku cakap kau akan buat tanpa banyak soal . tanpa bantahan . aku suka cara kau . and ayat kau jum jum :) . amir kau pelik tapi pelik yang awesome . balqis berkata dalam hatinya .

                                   malam di  rumah balqis

"assalamualaikum mak ,ayah ." "waalaikumsalam ." kedua duanya menjawab serentak . "mak ,ayah amir singgah sekejap kat rumah kita boleh .?" "laaa ape salahnya ,mak dah anggap dia macam anak sendiri dah . hishh budak ni . hah ! mir masuk lah tercegat pulak anak bertuah ni . " "malu lah makcik masuk rumah orang malam malam . saya mengacau ja kan ." "apa pulak pakcik makcik pon tak tidur lagi .masuk lah ." "baiklah makcik , pakcik . " "balqis pergi buatkan air . " "baiklah mak . " sedang mereka berborak borak , tiba tiba terdengar bunyi benda pecah di dapur . " qis , apa kau buat tu , orang suruh buat air bukan pecahkan barang , hish budak ni ." mak balqis membebel bebel sambil menjenguk ke dapur . setibanya di dapur , dia terkejut melihat balqis terbaring di lantai tidak sedarkan diri . "qissss ! ya Allah . abangggggg ! tengok anak kita ni . " " ya Allah nak , kenapa kau ni qis . " amir yang terdengar tidak sedap hati , lalu berlari ke dapur . dia tidak terkata apa melihat keadaan balqis . amir segera mengangkat balqis untuk dibawa ke hospital .

                        hospital
masing masing menunggu dengan penuh debaran . doktor yang keluar berkata kepada mak dan ayah balqis . "pakcik ,makcik harap banyak banyak kan bersabar . kami tak dapat nak buat apa apa di saat ini . hanya keajaiban dari Allah sahaja yang dapat menolong . banyak banyak kan berdoa ya . "dia sakit apa doc?" amir bertanya . "barah otak tahap akhir . " amir terduduk apabila medengar kata kata doktor itu . dia seakan tidak percaya . ibu balqis meraung mengenangkan nyawa balqis bila bila sahaja boleh diambil . "seharusnya mak yang pergi dulu bukan balqis . " "nahh , tak baik kata macam itu , ajal maut semua dekat tangan DIA . kita berdoa banyak banyak ya . bawa bawa bersabar ya . " ayah balqis menenagkan mak balqis . amir mengambil kesempatan menjenguk balqis . muka balqis kelihatan pucat tapi dia kelihatan tenang . amir tidak sanggup melihat orang yang dia sayang pergi . "aina balqisyah tolong jangan tinggalkan aku ,aku belum sempat cakap kat kau yang AKU CINTA KAU .  tolong bangun qis . qissss tolong jangan tinggalkan aku qis . tolong qis . aku sayang kau qis . aku tak dapat bayangkan kalau kau takda . " buat pertama kali amir menangis di depan balqis . namun semua hanya sia sia . balqis tidak sedarkan diri . amir menemani balqis bersama dengan kedua ibu bapa balqis . masing masing diam . 

                                          perginya aina balqisyah :'(
saat semua sedang melayan perasaan masing masing . tiba tiba denyutan jantung aina terhenti . semua yang berada di situ seakan panik . doktor dipanggil ,tetapi apakan daya . ajalnya sudah sampai . ibu balqis meraung tidak sanggup melihat kehilangan anak yang tercinta . walaupun bapanya kelihatan tenang tetapi hatinya menangis. siapa yang tidak sedih anaknya yang selama ini ada bersama kini telah pergi buat selamanya tanpa ucapan selamat tinggal. tanpa sempat mengucapkan kata kata terakhir . amir terkilan . amir sangat terkilan . dia tidak sempat menuturkan kata kata cinta kepada balqis . amir terduduk . amir tidak berdaya untuk berdiri. kelihatan lemah seluruh badan . amir meraung dalam hati. amir berdiri dan menatap wajah balqis . amir dapat melihat balqis pergi dalam keadaan tenang . mungkin dia sudah tahu ajalnya sampai .'' tetapi . . kenapa qissss . kenapa kenapa kau tak bagi tahu derita yang kau tanggung qis . kenapa kau sembunyikan dari aku qis . kau tahu aku sayang kau lebih dari aku sayang diri aku qis. kenapa kau rahsiakan semua ni qis. mungkin tiada jodoh kita di dunia tapi jika ada jodoh kita di akhirat kau tunggu aku ya qis. tak mudah aku lupakan kau . kau kenangan terindah dalam hidup aku . cinta dalam hati yang aku pendam tidak berbalas qis .tapi aku nak kau tahu aku sayang kau qis. ''

                                        KLCC
amir menitiskan air mata buat sekian kalinya . tempat di mana dia menghabiskan saat saat terakhir balqis semasa hidup. ''kenapa aku bodoh sangat , aku dapat lihat perbezaan balqis pada malam tu , tapi kenapa aku tak boleh rasa . kenapa aku tak luahkan perasaan aku kat dia . sekurang kurangnya balqis boleh tahu . aku terlalu takut sehinggakan aku melepaskan peluang di depan mata.'' amir mengetuk ngetuk kepalanya dan menyalahkan dirinya sendiri . ''qis ,aku harap kau tenang di sana . jangan kau risaukan aku . aku akan baik baik di sini dan aku tak akan lupa kat kau qis . kenangan dengan kau adalah kenangan yang termahal dan tak mungkin dapat diganti . :'(

cinta dalam hati 3


                                                  tengok langit dan bulan 

aku bahagia dengan dia . aku tak pernah rasa sedih bila dengan dia. even kadang kadang dia buat benda yang annoying but for me it is okay. because aku dah terjatuh cinta dekat dia. perasaan yang tak boleh ditolak. ya aku tau ramai lelaki lain yang lagi better . tapi pada aku dia adalah satu hadiah yang paling indah yang pernah aku ada. dia terlalu istimewa bagi aku . tapi masalahnya aku takut . takut nak meluahkan isi hati aku. aku takut jawapan yang akan aku terima tak seperti aku harapkan . and paling aku tak nak friendship kitaorang terjejas . mimpi ngeri kalau benda tu jadii. aku tak nak . biar lah macam ni . jika jodoh aku dengan dia ada pasti akan tiba juga nanti kan kan . bayangkan jalan jalan dengan dia sambil makan ice cream . awwww so sweet . gelak sorang sorang . kalau orang lain tengok sure dia ingat aku gila , sawan ,meroyan semua lah . 

                                                 kedai buku popular 

hari ni aku tergerak nak beli novel . aku ajak amir ,tapi tak ada respon pon . so aku pergi sorang sorang la nampaknya . jalan hari ni macam semut yang beratur nak ambil makanan. punya lah jam . kalau orang nak melintas pun takda ruang . inilah kalau keluar time petang. pack sangat . boleh makan , tidur semua . tiba tiba lagu this is me keluar. aku pun apa lagi layan feeling la . dalam pukul 6 sampai dekat popular. cari parking . then terus pergi kedai buku . tapi . . kejap . aku macam nampak someone yang aku kenal . ya seseorang yang aku kenal . tak mungkin aku silap. adakah ini mimpi? amir with someone else. aku rasa macam nak pengsan . siapa perempuan tu ? patutlah dia tak balas call plus mesej aku. dia tengah bergembira sakan dengan orang lain rupanya . sampai nya hati dia. yaaa. sekarang aku terasa hati aku ditoreh sama itu pisau . sakit teramat sakit . orang yang aku sayang with someone else. aku nak menjerit 'heyyy ,thats mine' . but siapalah aku. aku tak layak . aku hanya pencinta dalam hati bukan siapa siapa bagi dia. aku tak tahu nak cakap apa. aku tak jadi nak pergi kedai buku. aku berjalan dengan arah yang aku sendiri tak pasti . hujan lebat di luar seakan akan memahami kesedihan yang aku alami . aku menangis buat kesekian kali. buat pertama kali aku menangis kerana dia. terima kasih buat aku macam ni mir. aku tahu siapa aku nak berada di sisi kau. aku tak layak . terima kasih sangat . aku bermain dengan hujan ,biar tiada siapa tahu betapa kecewanya aku , betapa hodohnya aku menangis disebabkan dia. 
                                                       
                                          pelangi aku pudar

pintu kaca yang tersergam indah , direka dengan cantik  . pangggggggggggg ! pecah ,berderai. sama macam hati aku . remuk .ya Allah jika ini ketentuanMU aku redha . kuatkanlah aku menghadapi ujian ini. tabahkan hati aku agar aku dapat menjalani hari hari aku seperti biasa. pelangi yang selama ini bersinar ceria kini pudar . jika dia bahagia dengan perempuan tu , aku pun tumpang bahagia , biarpun hati kecil ini meronta . hampir seminggu tiada khabar dari dia. lupa aku terus lepas dapat yang baru . how could you. kau lupa kawan kau , kau lupa orang yang selama ini bersusah senang dengan kau kan amir. aku boleh terima kau ada lain , tapi aku tak boleh terima kau lupa aku as kawan kau . kalau ni yang kau nak . baiklah. aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus melupakan kau even aku tau itu adalah perkara paling terakhir aku buat tapi untuk kebaikan aku juga. mesti kau suka .mesti kau bahagia . tiada aku sebagai pengacau hidup kau kan mir. yaaa aku ni pengacau. maaf amir kerana aku menganggu hidup kau dengan mesej dan call aku .selepas ini kau tak akan diganggu oleh aku lagi mir , 

                                                  kopitiam

'amir !' amir menoleh melihat hisyam kawan sekolah lama dia melambai lambai ke arahnya .amir terkejut melihat perubahan pada diri hisyam . semenjak jadi suami orang perwatakan dia sedikit matang berbanding dulu yang keanak anakan .'syam, kau makin hensem semenjak jadi suami orang ni ,' hisyam ketawa mendengar pujian amir . 'kau kalau nak hensem kau kahwin la cepat , haha '. 'siapalah aku ni syam , sorang pun tak nak kat aku ,' amir merendahkan nada suara menagih simpati . 'dah , geli aku dengar , buaya darat macam kau , petik sepuluh kali beratus datang ,' 'kau ni aku bukan macam tu lah , aku dah ada dah, tapii belum dapat lagi la,'. 'lah ,kau tunggu apa mir, ? nak tunggu dikebas orang baru kau nak gigit jari ke?' 'aku takut syam, takut direject '. 'kau suka siapa ni mir? aku kenal?' 'kau kenal lah , budak yang gaduh sakan dengan aku masa kat sekolah dulu . ingat ?' hisyam menggaru kepala cuba mengingati satu persatu wajah dan peristiwa di sekoolah dulu . ' haaaaaaaaaaaaa , aina ? aina balqisyah ? ' 'yaaaaa dia la syam .' 'lahhhh ,haha apa susahnya kawan satu sekolah lagi tu . bukan kau dengan dia memang dah rapat ka? ape lagi kau tunggu mir?' 'susah syam , susah syam '.

                                            taman tasik

amir berjalan sendirian di tepi tasik itu . dia bingung . dia tak tahu kenapa qis langsung tak bertanya khabar . mungkin salah dia . terlebih melayan fahira sampai lupakan qis. dia lupa qis bila ada fahira  . ''teruk betul aku ni ,'' amir pun tak tahu kenapa dia terlebih lebih melayan fahira sedangkan qis yang dia sayang , qis yang dia cinta . adakah dia kejam . mungkin dia kejam kerana tidak berterus terang dengan fahira . amir tak sanggup nak kecewakan perasaan fahira tapi dalam masa sama dia tak nak kehilangan qis. dia teramat sayangkan qis. terlalu banyak kenangan indah bersama qis and tak akan sesenang itu dia nak lupakan qis. dia keliru .tetapi kehadiran fahira membuat dia keliru dalam membuat keputusan . fahira selalu mendesak dia kahwin . dia yang salah kerana memberi harapan kepada fahira. 

                                  taman tema, times square .

balqis berjalan sendiri . berjalan di tempat yang banyak meninggalkan kenangan dia dengan amir . air mata tanpa sedari mengalir juga walaupun sekuat mana dia tahan air mata itu tetap keluar . dia terseksa. hari ni sudah genap sebulan dia menghilangkan diri dari amir . samaada amir sedar ataupun tidak. amir aku terseksa dengan keadaan macam ni mir ! sangat terseksa. please amir . carilah aku . in your dream lah qis . amir sedang bahagia dengan perempuan lain bukan dengan dia. aku rindu dia . qis terduduk menahan sakit kepala. mungkin disebabkan terlalu memikirkan masalah ini sehingga dia lupa menjaga kesihatan . dia lupa semua sebab amir . amir mempengaruhi hidup dia. tanpa amir qis tak kuat untuk jalani hidup ini . amir i want your spirit back . please amir . leave that girl for me. kepala qis berdenyut denyut . penglihatan semakin kabur . dan akhirnya dia pengsan .....

cinta dalam hati 2


"mungkin ini memang jalan takdirku mengagumi tanpa di cintai tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia dengan hidupmu, dengan hidupmu" .

 aku menghayati bait bait lirik cinta dalam hati . aku tak tahu kenapa aku rasa lirik ni ada kaitan dengan aku . ya sangat berkaitan . cinta aku yang hanya mampu menjerit dalam hati tetapi aku tak mampu nak meluahkan secara depan depan . banyak kali aku bagi hint tapi dia tetap tak perasan .aku tak tahu sama ada dia sengaja atau memang tak perasan perasaan aku dekat dia . amir aku harap kau dengar lagu ni dan tahu isi hati aku dekat kau mir . kadang kadang bila aku pendam lama lama hati aku sakit mir . tapi aku tak mampu mir , aku tak mampu nak meluahkan dekat kau . sebab aku takut ! aku takut persahabatan yang terjalin indah ini akan musnah disebabkan perasaan bodoh aku ni . kalau lah aku dapat baca isi hati kau . kalau lah aku tahu apa perasaan kau yang sebenar benarnya dekat aku alangkah indahnya mir . tetapi semua itu mimpi . semua itu harapan yang takkan jadi . 

                                                        on the phone with amir :)

telefon aku menjerit minta diangkat . aku lihat siapa nama yang call aku tengah malam buta ni . aku tersenyum dengan segera aku menjawab . "assalamualaikum pakcik . ada apa kol malam malam buta ni ?" aku memberi salam . "waalaikumsalam nenek , haha saja aku nak kacau kau . aku bosan lah qis , aku tak dapat tidur ni , kau tengah buat apa tu qis ?" aku tengah pikirkan kau mir . . . tetapi kata kata itu hanya mampu diucapkan dalam hati saja . "aku tengah main game ja ni ." "haha kau ni qis macam budak budak lah ! tak habis habis dengan game kau , cuba lah kau buat benda yang berfaedah sikit qis oi ! " "ekk mir main game ni menghilangkan stress ! kau ape tau ? kau cakap ja tau lah , buat semua kau tak tau , haha . " "ehh qis , semua benda aku tau lah ,kau ja yang tak tau . kau tau masak ? tak kan ? hahaha ." "eleh aku sedar lah aku ni tak tau masak , aku tau kau juara kalau masuk dapur ! chef amir lah katakan ." "hahaha tau takpe qis , tapi kau pon apa kurangnya , kalau bab bab fesyen ni bagi kat kau lah kan . itu sebab kau aku lantik jadi mak andam aku secara private ! hahaha ." "ehh , tak nak aku jadi mak andam kau ! ape kelasss haha ." "ehhh , kelasssss nyah , famous kau tau dapat jadi mak andam chef terkenal ni , bukan sebarang orang boleh jadi mak andam aku tau !" "iyalah amir , aku tau semua kau ja nak menang kan mir , takpelah mir amek lah ." "tapi qis ada satu benda kau menang tanpa perlu berlawan dengan semua orang qis . . . " "ha ? ape ape ape ? " kau dah berjaya ambil hati aku qis . . . tapi kata kata tu tak dapat nak diluahkan . . amir menelan air liur dan berlakon untuk menutup perasaannya . "haha kau menang kalau bercakap , kan kau bertih jagung tiada siapa boleh lawan kan qis ! HAHA. " amir menarik nafas lega kerana dapat menutup perasaannya dari dikesan oleh balqis. "amir kau jahat mir ! okay lah mir , malas layan kau , aku nak tidur , assalamualaikum good night mir ." "alah kau qis sikit sikit nak touching , tak gentle lah kau , okay lah qis waalaikumsalam , good night ."

tau tak kadang kadang aku rasa nak menangis nak menjerit sekuat hati aku . nak bagi tau satu dunia aku cinta dia ! aku cinta amir ! tapi aku tak kuat . tau tak sakitnya memendam perasaan seorang diri . sakitnya hanya Allah saja yang tahu !. amir . . . 6 tahun aku kenal dia . .

                                                                6 tahun lepas . . .

"amir ! ada budak baru masuk , cun bro . kau tak nak usha ka ? " saiful dengan nafas tercungap cungap menjerit nama amir dari atas . semua yang mendengar terjenguk jenguk kepala hendak melihat siapa budak baru yang diceritakan oleh saiful . saiful seperti biasa semua benda yang jadi dekat sekolah semua dia tahu . dia terkenal sebagai paparazzi sekolah . amir pula sahabat dia yang terkenal disebabkan ketampanan wajahnya yang menjadi kegilaan semua budak perempuan dalam sekolah . amir digelar 'playboy' di sekolah . "pul , bawa aku jumpa dia , aku nak tengok jauh mana cun dia tu ." "ehhh jauh mir , jauh sangat cun dia , hahaha ." amir menepuk bahu saiful , geram dengan loya buruk kawannya yang seorang ini . sambil berjalan untuk menemui budak baru itu saiful bercoloteh panjang lebar pasal budak baru itu . sesampainya di pejabat guru ,cikgu Amran memanggil Amir menyuruh amir untuk menunjukkan kelas budak baru itu . "ha amir , ini Aina . "hye aina , saya amir , " amir menghulurkan tangan tanda salam perkenalan . tetapi aina hanya senyum dan berjalan pantas ke hadapan . terkejar kejar amir hendak saing jalan dengan aina . "heyyy , awak kenapa sombong sangat ni , saya cuma nak berkawan saja . salah ke ?" "maaf eh , aku tak kawan dengan lelaki buaya macam kau , aku dah diberi amaran supaya jangan layan mamat buaya macam kau ." "ehh siapa bagi tau awak saya buaya ? awak kalau saya buaya saya tak pergi sekolah awak , saya pergi sungai main air lagi best awak ! HAHA " "kelakar lah tu , gelak lah sorang sorang , mana kelas aku ?" "kelas awak dekat atas sekali , mari saya tunjukkan ." amir sengaja melambatkan perjalanan . "eh aina mana awak tau saya ni buaya ? siapa bagi tau awak ?" "kau jangan tak tau aku ada spy dalam sekolah ni ." "ha ? siapa spy awak tu ?" "sepupu aku,nabil . kenal ?" "oh ! mamat skema tu sepupu awak ke !" "ehh jaga mulut kau ,kalau dia skema pon dia tak susahkan kau kan !" aina mula bengang dengan mamat perasan bagus ni , tapi dalam hati dia memuji ketampanan yang dimiliki oleh amir . "okay, kita dah sampai . saya minta diri dulu ya ." amir pun berlalu meninggalkan aina . aina mengetuk pintu dan masuk ke dalam kelas , tetapi aina pelik kerana semua budak budak dalam kelas tu semua nya kelihatan seperti budak tingkatan satu . budak budak itu memandang pelik ke arah aina .aina bertanya kepada guru itu . guru itu menggeleng gelengkan kepalanya . rupa rupanya amir sudah kenakan dia . dia memang sengaja mencari nahas dengan aku . guru itu menunjukkan kelas yang sebenarnya kepada aina .

                                              aina balqisyah VS amir firdaus . . .

satu sekolah sudah kecoh dengan pergaduhan antara amir dengan aina . mereka saling mengenakan antara satu sama lain . amir melekatkan kertas dekat belakang baju aina yang terpapar " SAYA BUDAK PEMALAS " . aina tidak kurang hebatnya . dia memancitkan tayar motor kepunyaan amir . kesannya amir terpaksa balik dengan menolak motornya sampai ke rumah . cikgu cikgu semua pening dengan karenah mereka berdua sampai tidak tahu bagaimana mahu mendamaikan mereka berdua . tapi ada orang cakap kalau kita benci, kita suka . ya ! thats truth . orang yang selama ni macam anjing dengan kucing sudah menjadi rapat bagai aur dengan tebing . ke mana pergi pasti mereka berdua . bagai isi dengan kuku . perdamaian antara mereka disebabkan pada suatu petang , aina berjalan kaki hendak pulang ke rumah , ketika dia hendak melintas jalan tiba tiba ada kereta meluncur laju tetapi aina tidak perasan . aina mendengar orang memanggil namanya memberitahu ada kereta tetapi dia tidak mempedulikan suara itu . amir yang cemas terus berlari dan menolak aina ke tepi jalan . aina yang terkejut tidak mampu berkata apa apa . dia terpaku . amir memarahinya . "wey ,kau kalau nak bunuh diri sekalipun jangan lah bunuh diri depan aku , sejahat jahat aku , aku masih ada perikemanusiaan lagi tau tak !" "errrr . . a..aa.mmmiirrr aaakuu  . aakuu errr." "weyy takkan kau dah jadi gagap wey ?" "terima kasih mir ,kalau kau takda mesti aku dah arwah . terima kasih sangat sangat wey . aku terhutang nyawa dekat kau . " aina mengucapkan terima kasih kepada amir , tapi amir tak mempedulikan dia . "tak payah lah kau nak jiwang jiwang dengan aku , geli lah aku dengar . " "amir , kita mula balik boleh ?" "mula ape pulak kau ni ? dah jadi sewel ke perempuan ni ." "kita buka buku baru mir ? aku nak minta maaf sebab kasar dengan kau , sebab gaduh dengan kau ,dan atas semua lah , maafkan aku ya amir ?"  aina meminta maaf dengan setulus hatinya . dia tidak mahu bergaduh lagi dengan lelaki yang sudah menyelamatkan nyawanya , amir yang memandang muka aina menjadi kelu . "tak nak lah aku kawan dengan kau . kau poyo . kau sombong . bajet cun ." amir menjual mahal , dia mahu melihat seikhlas mana aina mahu berbaik dengan dia . "mir ,aku tau aku yang salah sebab cari gaduh dengan kau . tapi aku ikhlas nak berdamai dengan kau ,aku tak nak bergaduh lagi mir . buka baru ya amir ?" aina membuat muka kasihan dia . "okay aina , kawan ?" amir menghulurkan tangan tanda dia menerima aina sebagai kawan dia . "kawan ." aina menyambut tangan amir .

                                                                   kedai mamak . . .

"weyyy ,siapa name penuh kau ? " amir bertanya kepada aina . "aina balqisyah hakim . kau ?" "sedap nama kau , aku tak nak lah panggil kau aina aku nak panggil qis boleh ?  nama aku amir firdaus johan ." "haha suka hati kau lah nak panggil apa , asal kan ada nama ." "okay qis . " "wey mir aku nak tanya ni !" " tanyalah ?" "kenapa kau playboy ?" "hahaha kau percaya aku playboy ? perempuan yang selalu nak dekat dekat dengan aku , aku tak nak lah dianggap sombong , aku layan ja la . tapi aku tak pernah anggap serious dengan dorang semua . dan kau adalah perempuan pertama yang menyombongkan diri dengan aku dan pertama kali juga aku bergaduh dengan perempuan . bila fikir fikir balik kelakar betul lah ." "ehhh , aku bukan sengaja , sebab aku takut lah masuk dalam mulut buaya thats why aku sengaja menyombongkan diri aku ." "haha ape ape lah kau qis , kau ni lain dari lain lah . " "itu adalah seni namaya HAHAHA kau ape tau mir "

cinta dalam hati 1



                                                          depan KLCC..

jarum jam menunjukkan tepat pukul 3 petang . tetapi mata hidung dia pon aku tak nampak . amir memang selalu macam ni . selalu tak menepati masa . asyik aku jah yang nak kena tunggu dia . payah betul mamat sorang ni .tiba tiba  . . . "qissssss !" aku dengar suara dia panggil nama aku . aku menoleh ke belakang tetapi hanya bayang pokok jah yang kelihatan .  "qissssss !" kali ni lebih kuat . aku menoleh dengan perasaan yang geram bercampur takut . mamat ni nak main main dengan aku ke apa ! "mir ,jangan main main mir ." sekaliiiii "BAHHHHH ! hahahahaha , takut ke qis ." dia dengan muka tak bersalah ,dengan tayang gigi kerang busuk dia  gelak gelakkan aku .aku pon mula buat buat terkejut dan aku pura pura jatuh dan buat tak sedarkan diri . biar dia tahu bukan dia sorang jah yang pandai kenakan orang . ini Aina Balqisyah la. "ekkkk ! qisss ape ni qisss ,kau ada sakit jantung kah qiss atau kau ada darah tinggi sampai pengsan pengsan ni ? alamak qis kau tak gentle lah ,baru terperanjat kan sikit dah pengsan ! " amir still bergurau dengan aku . tapi aku buat buat tak sedarkan diri . sampai satu tahap dia cuak gila . " qisss , weyh bangun la wey , aku minta maaf aku tak sengaja wey buat kau macam tu , mana aku tau kau ni ada penyakit lemah semangat ."  amir mula ketakutan . "wey qis bangun la qis . tolong la qis , adehh ." apabila amir ingin mengangkat aku , aku dengan segera buka mata aku and cakap "hye sayang !. " aku tergelak gelak tengok muka gelabah dia . padan muka siapa suruh buat aku dulu kan dah kena .

amir mula tarik muncung itik dia . kalau boleh ukur ikut pembaris ni mau 6cm panjangnya ni . amir amir mengalahkan perempuan . " qis ,kau jangan main main macam tadi boleh tak , aku takut kalau betul betul macam mana ? aku dah mula fikir buruk buruk tadi kau tak ! kau jangan main main macam ni lagi ! next time kau buat , kau tau lah nasib kau !" amir membebel kat aku . "alaaa , amir aku main main ja laa , sorry k . aku tau kau sayang aku kan ? kan amir kan ? alololor ." aku sengaja buat gedik gedik macam tu biar amir cair . jahat aku ni . merah muka amir tengok aku buat macam tu . comel jah aku tengok dia . amir amir . "qis ,jum pergi midvalley jum ,aku belanja kau makan and movie . nak ? " "haiyoo amir rezeki mana boleh tolak ,jarang jarang aku dapat rasa kau belanja ni ." aku tersengih sengih macam kerang busuk . "dah lah kau ,jangan nak menggedik kat sini , jum !" amir tarik tangan aku .

                                                                     dalam kereta ...

"amir , kau ingat tak macam mana kita mula mula kenal dulu ?"  "kau tanya soalan apa ni ? apesal pula aku tak ingat " "haha lawak kan wey cara kita kenal , mula mula dulu kau jual mahal bila aku nak kawan dengan kau , yelah apelah standart kawan dengan minah rock macam aku , kau kan jambu hahaha !" aku sengaja kenekan amir . " wey qis kau kang balik jalan kaki kang , agak agak sikit , aku ni muka ja jambu tapi kalau lawan dengan the rock belum tentu dia menang tau !" amir bercakap dengan nada yang agak kepoyoaan. "mir please la ! jangan nak perasan sangat boleh tak ! dah lah aku lupa ni !" "lupa ape pulak qis ?" "lupa lah nak bawak !" "bawak apenya qis ? " bawak baldi nak muntah ! HAHAHA !" "minah ni memang nak kene tau tak !" amir sekeh kepala aku . tangan dia dah lah besar macam incredible hulk , perit jugak lah . "kau ape ni mir pukul perempuan ! kau tau tak dayus lelaki yang pukul perempuan ni !" "hahaha padan muka kau ,kenekan aku lagi , aku bukan pukul kau ,aku mengajar kau ja ni , tu baru sikit tu qis baru mukadimah ." "banyak lah kau punya mukadimah ,jangan sampai aku bukak silat cekak aku !" "mane qis ? aku tak nampak pon ?" "nampak apenya pulak ?" lah cekak kau lah ? kata nak bukak silat cekak kenalah ade cekak ?" "kau nak kene ke mir ?" "hahaha kau pakai tudung macam mana nak pakai cekak qis ,kau ni macam macam lah qis !"  amir ketawa terbahak bahak tengok muka aku yang merah sebab menahan marah . amir bab kenekan aku balik memang nombor 1 . "weyh mir, boleh cepat tak ! kang aku bawak kang kau marah !" amir tak suka aku bawak kereta , dia kata aku bawak kereta laju gila , aku tak tahu mana lajunya aku bawak . tau lah dia bawak macam kura kura , punya lah lambat . amir amir .

                                                                   midvalley ..

masuk masuk midvalley pergi beli tiket dulu cerita journey . pukul 6 start . ade masa lagi 1 jam . so aku tarik amir pergi makan . perut aku dah lapar sangat dah ni . amir bawak pergi pizza hut . aku oder spaghetti , amir oder hawaii chicken . kitaorang share share ja makanan takut tak abis karang . amir makan macam orang 10 bulan tak makan . "mir ,kau tak makan ke kat rumah ?" "makan . asal ?" "takdalah ,aku tengok kau makan macam orang yang kelaparan sangat ni ." "hahaha aku pandang muka kau jah terus aku lapar balik ,kau lah yang buat aku lapar ni ." "weyy apesal pulak ,aku rase aku tak boleh menarik semua makanan kau keluar pun kot . haha hampes lah kau mir " "kalau hari hari aku jumpa kau qis sure aku gemuk kot , hilang lah kehenseman aku !"  "cehh ! hensem lah sangat " "Weyh hensem ape ! kalau tak takkan kau suka kat aku kan kan ?" "hahaha lawak la tu , yelah amir kau adalah mamat yang paling hensem yang pernah aku jumpa ,hensem dengan kata kata  haha ." "takpe qis janji hensem qis ." amir kenyit mata and sambung makan . amir ni kadang kadang perangai dia tak dijangka walaupun aku kenal dia sejak sekolah menengah lagi . dah dekat 6 tahun rasanya .aku suka dia seriously , aku suka dia the way he are :) im not looking at his appearance . 

                                                     journey dalam cinema :)

amir memang bengang gila dengan aku sebab aku selalu kacau dia tengok movie tu . time ada satu part yang helicop mau jatuh tu aku cakap kat amir ,jangan sedih dorang takkan mati pun . kalau dorang mati mesti cerita dia abis . saja kenekan amir .sebab dia tengok macam nak tembus skrin tu . lawak betul amir ni ."qissss ! just shut up boleh tak ! kang aku hantar kau keluar kang tau lah !" amir marah gila kat aku . aku macam tersentap lah kan . sejak bila amir jadi emo ni . "okay mir , sorry ." soo aku just diam and tengok ja .walaupun mulut aku nak bercakap tapi aku buat buat diam ja . aku sentap dengan amir lagi ni . sebab movie tu dia marah aku .bila movie dah habis . kitaorang keluar jalan jalan . amir pandang aku pelik ja . "qis kau kenape? diam ja ? tadi dalam movie bukan main mulut kau macam bertih jagung tak reti diam ,ni diam pulak dah ,something wrong dear ?" aku diam ja dan terus jalan . tinggalkan amir sorang sorang . padan lah muka . dia nak aku diam sangat kan . okay aku takkan bersuara dah . amir macam blur kat belakang . "qissss ! kau kenapa kot ! aku buat salah ke qisss ? jangan lah diam macam ni ." amir kejar aku dan berdiri kat depan aku. aku ambil kertas dan pen . aku tulis "kau nak aku diam kan ! kan aku tengah diam ni !" "lah kau terasa ke aku marah kau tadi ? ya allah , qis aku minta maaf la . aku bukan sengaja . kau lah ,kita datang nak tengok movie bukan nak dengar kau memekak dalam tu , kau tak perasan ke orang belakang tu marah marah , aku bengang aku sound lah kau . sorry qis . jangan lah marah aku . pleaseee ! need your voice now ! please !" "kalau ye pon tak yah lah kau nak tinggikan suara kat aku , lain kali kau takyah lah ajak aku tengok movie ,nanti memalukan kau ja kan , " aku teruskan jalan . "qis aku bukan kisah pun kau nak memekak ka ,kau nak melalak pon aku tak kisah ,tapi kau fikir lah bukan kita ja yang tengok wayang dalam tu , ramai qis . dan aku tau aku tak sepatutnya cakap macam tu kat kau . sorry qis eh ?" amir buat muka kesian kat aku . "yelah amir sayang . next time kau buat lagi aku terus keluar ja , haha." "amboii kau ni ,sejak bila pandai main ugut ugut ni ." "sejak kau buat aku macam tu haha ." "okay la qisss , jum pergi mamak jap then kita balik okay ?" "okayyyyyy ,jummm aku lapar " "kau cakap ja lapar ,karang semua makanan aku yang kene habiskan ." "haha ape guna aku ada kau kalau tak dapat habiskan semua kan mir kan ?" "yelah dear jum jum aku belanja kau ya ". kitaorang masuk dalam kereta dan pergi makan dekat mamak .

cinta itu indah [LAST]


tok tok tok . ada orang ketuk pintu bilik tu. adam muncul dengan senyuman manis dia. tapi belakang dia ada seorang perempuan yang agak lawa lah kan . aku telan air liur aku sebanyak mungkin . yes ! aku jeles . tersangat jeles. baru semalam aku rasa dia luahkan perasaan dia dekat aku ,tapi hari ni dia bawak perempuan lain , atau mungkinkah itu semua miimpi ? tapi kenapa aku boleh ada dekat sini kalau aku mimpi? adam say hye . aku balas balik dengan senyuman yang penuh dengan kepalsuan and adam kenalkan perempuan tu dekat aku. alamak ,adik dia rupanya . malu aku . nasib baik aku tak melenting tadi. patutlah lawa adik dia macam abang dia jugak hensem . mesti parents dorang lawa n hensem kot. and then adam mula tanya aku ,kenapa aku pengsan ? aku pun tak tahu nak cakap apa. merah padam muka aku . malu gila. adik dia ada pulak tu lagi bertambah malu.

bell awak tahu actually abang saya pon nervous masa nak luahkan perasaan dia dekat awak. saya lah yang jadi mangsa dia . dia practise ayat ayat yang patut dia cakap dekat awak, dia takut nanti bila jumpa awak dia tak tahu nak cakap macam mana . tapi dia tak expect yang awak akan pengsan bila dengar dia cakap macam tu. dia gelabah gila awak tahu. penat penat dia practise last last awak pengsan . korang berdua ni memang kelakar lah. adik dia maisara explain dekat aku . aku pon macam speechless. tak tahu nak cakap ape.

maisara tinggalkan aku berdua dengan abang dia . adam bawak aku dekat taman hospital tu. tenang udara dekat sini. adam diri menghadap aku. dia tanya aku apa perasaan aku dekat dia. aku sedikit terasa bila dia cakap , kalau awak tak suka saya ,sayang saya tak payah lah awak sampai pengsan pengsan macam tu awak. okay . dengar sini syed adam haikal . aku tarik nafas panjang panjang and cakap apa yang tersimpan dalam hati ini .

selama saya hidup , selama saya bernafas , belum ada lagi seorang insan yang bernama lelaki yang pernah meluahkan kata kata azimat itu secara face to face . saya tak ada pengalaman untuk itu .lelaki biasanya mengambil jalan mudah dengan berbicara hal hati dan perasaan melalui SMS or on the phone .jadi bila awak , bila awak cakap benda yang melibatkan soal hati dan perasaan , saya rasa macam berpusing pusing atas roller coaster . saya rasa macam saya bermimpi . kepala saya terlalu berat nak memikirkan benda tu sampai saya tertekan and saya pon tak boleh nak agak saya akan pengsan . saya minta maaf sangat sangat. saya dah lama suka awak . even mula mula saya tak suka awak sebab saya ingat awak mamat yang perasan hensem and bajet hot yang annoying .and aku curi curi pandang dia. dia naikkan kening dia . okay tak berani pandang .sambung balik cakap ,saya suka awak . awak buat saya jatuh hati dekat awak dengan your attitude yang gentleman ,yang caring ,and awak taat pada perintah-NYA. saya adore awak . saya minat awak dalam diam . saya jatuh sayang dengan awak dalam diam . sebab saya tak berani nak meluahkan apa yang saya rasa. saya takut saya hanya bertepuk sebelah tangan . tapi kini saya yakin yang tepukan saya itu bersambut .  i love you too syed adam haikal .

adam yang mendengar ayat terakhir aku tu tersenyum . and then dia tarik tangan aku. dia bawak aku dekat kereta dia, dia suruh aku masuk. and then dia bawak ke tempat yang aku sendiri tak tahu. selamba dia jah bawak aku lari dari hospital tu. aku tertidur dalam kereta. sedar sedar jah dia kejut aku suruh keluar. aku kenal tempat ni. tempat yang dia penah bawak aku dulu. tapi kenapa dia bawak aku ke sini. dia bersuara,okay now awak duduk sini diam diam, cun cun ,comel comel .saya nak snap gambar awak boleh ? aku macam terkejut lah . apasal dia nak snap gambar pulak ni ,mamat ni betul ke tak. aku pon just smile.then dia panggil tukang kebun minta tolong tangkap kan gambar aku and dia. aku pon dah blur kat situ. memang sah aku jatuh cinta dengan orang gila ni. and then dia petik bunga bunga kat situ and then dia melutut kat aku .awak yang bernama johanna nabila sudikah awak menjadi wanita yang halal dalam hidup saya ? bersaksikan taman bunga yang indah saya ingin menyunting awak menjadi yang halal buat saya. sudi tak awak? aku terharu .sangat terharu . Ya Allah syukur alhamdulilah. aku sudah menemui jodohku . aku anggukkan kepala aku and dia mengeluarkan cincin dari poket dia. aku terima and pegang erat2 cincin itu. aku senyum secomel comelnya untuk dia seorang . dia senyum and kenyit mata dekat aku and say thanks dekat aku sebab sudi terima mamat yang annoying ni . 

6 bulan lepas kitaorang bertunang tibalah hari indah yang dinanti nantikan oleh aku dan dia. akhirnya aku sah menjadi milik syed adam haikal .alhamdulilah . syukur. semua berjalan dengan lancar . lagu my love mengiringi kitaorang masa acara potong kek. sangat romantik .bagai kisah dongeng . and yang buat aku terkejut bila tiba tiba dewan menjadi gelap . yang tinggal hanya lampu dekat screen . adam tutup mata aku dengan tangan dia. and bila bukak aku terkejut sangat . seakan mahu menangis . sememangnya dia pandai buat kejutan untuk aku, aku tak mampu nak berkata kata masa tu .aku terharu sangat .gambar kitaorang masa dekat taman yang mempunya seribu makna bagi kitaorang . dia besarkan gambar tu. cantik sangat . aku peluk dia and say thank you very much dear . you are awesome . and i love you very much . dia balas i love you more dear . you are everything .thanks sebab sanggup terima saya menjadi suami awak. saya akan menjaga awak hingga ke akhir hayat dan insyaAllah hingga ke syurga .:)

sarah n fahmi datang , mereka bakal menimang cahaya mata. sarah peluk aku , aku menangis and sarah bisik kat aku ,kau beruntung dapat adam and adam beruntung dapat kau. and your wedding tersangat awesome like both of you. aku tumpang bahagia untuk kau .sarah thank you ,kau sahabat dunia akhirat aku. aku pandang adam. adam datang dekat aku and peluk aku. seakan tidak mahu lepaskan aku. lepas ni bell tak boleh jauh jauh dari adam sebab adam dah ikat bell ketat ketat.

 cinta itu indah kan kalau kita tahu menghargai nya and kalau kita tahu makna cinta yang sebenar benarnya :)

bell :akhirnya mamatt awesome sudah menjadi milik saya . sayang dia dunia akhirat :)
adam :perempuan awesome pon sudah jadi milik saya . sayang dia dunia akhirat jugak :D

the end of my story yang tersangat merepek :D NAMIE :)


part 3


semakin lama hubungan aku dengan adam semakin rapat. masuk hari ini sudah genap 5 bulan kami berkawan . tapi adam masih tidak menunjukkan tanda tanda dia suka aku. walaupun begitu aku bahagia dengan dia. dia melayan aku dengan baik. kadang kadang ada jugak kitaorang gaduh gaduh. aku ingat lagi, minggu lepas kitaorang gaduh masa mahu menontong wayang . dia nak tengok twilight .aku nak tengok ombak rindu .kitaorang bertekak time tu jugak. lepas tu aku cakap la ,okay la fine awak tengok cerita awak saya tengok cerita saya . then on my way kat kaunter tiket tu belum sempat aku bersuara dia cakap kat akak kaunter tu , miss two tickets ombak rindu please :). aku mendongak pandang dia. dia kenyit mata kat aku . alolor , sweetnya dia. cair aku dekat situ. then masa dalam wayang tu dia yang over tengok cerita tu, time aaron aziz menangis tu ,dia kata ,dia pun akan macam tu kalau dia dekat tempat aaron aziz . aku perli dia , eh awak tadi siapa yang tak nak tengok ombak rindu eh , wink wink mata aku . dia pandang aku , dia senyum and cakap muvie ni pon okay la sayang , boleh saya praktikkan nanti dengan awak kan.merah padam muka aku dia panggil aku sayang ,sebaik tempat ni gelap, tak da lah nampak sangat .


Ya Allah ,jika dia jodoh aku, kau dekat kan lah dia padaku , jika tidak jauhkan dia daripada aku, agar tiada hati yang akan kecewa nanti. aku merasa senang dengan dia, dan aku mula jatuh cinta dengan dia. Ya Allah .


selepas solat subuh aku terus check handphone. ada mesej dari prince charming aku . dia mahu jumpa aku lunch nanti .senyum senyum kambing aku balas mesej dia. dah lama aku tak rasa perasaan ini. lama sangat . aku harap dia orang yang tepat . jangan kau sakiti hati ini lagi wahai adam . tengah dok berbalas mesej mama masuk , mama selalu masuk salah time. aku tengah berangan ni, dia dah start kenakan aku dah , ada kah patut dia suruh aku cepat cepat kahwin takut aku jadi gila sebab senyum sensorang macam tu .and dia tambah lagi , mama tak sanggup tengok anak mama kena hantar masuk tanjung rambutan , lepas tu dia gelakkan aku .aku terus turun ikut mama breakfast . then papa pulak tanya ,bila nak bawak si dia jumpa papa . err aku dah gagap kat situ . soo aku sengih sengih macam kerang wangi and makan laju laju .


time lunch aku tunggu kat kopitiam yang masa 1st time kitaorang jumpa. lambat pulak mamat ni . aku order air aku , haus sangat tunggu dia. lepas tu aku dengar suara berkata kata , minum sorang sorang jah kan . ehemm tersedak aku . sorry lah , awak lama sangat , tu saya minum dulu . nak minum ? nah . aku ajak ajak ayam jah , tiba tiba dia betul betul ambil air aku. dia habiskan air aku , aku besarkan mata aku . then dia order air yang sama dua. and order makan sekali. chicken chop and fried rice , awesome .lepas habis makan ,dia pandang aku macam nak makan .aku pun macam adeh malu lah kan. tetiba rasa macam darah semua naik atas. rasa nak demam pun ada . akhirnya , aku dengar perkataan tu keluar dari mulut dia . setelah berbulan aku tunggu . he loves me . syed adam haikal suka johanna nabila . aku macam terkedu . tak tahu nak cakap apa. 


saya suka awak sejak 1st time saya jumpa awak . bagi saya awak comel sangat and saya suka tengok muka awak yang cepat gelabah and buat buat tak bersalah . saya suka tengok bila awak cakap terlalu jujur . awak lurus tapi lurus awak tu yang menambahkan kecomelan awak .awak suka buat muka , awak suka buat senyum yang comel . awak suka buat kelakar . and saya jatuh cinta dengan awak tanpa sebab yang kukuh . but for me you are too special . and i dont care who you are before .i will accept you no matter who you are . 


ayat itu terngiang ngiang di kepala aku . terlalu spontan . sampaikan aku takda ruang nak bernafas . okay kalau perempuan lain mesti dah excited , tapi maybe sebab aku ni terlalu gelabah aku pengsan kat situ . ya allah , malunya aku . sedar2 aku dah ada kat hospital . jeling sebelah ,dia ada . dia senyum dekat aku . saya mimpi ke tadi awak ? kata kata tu ... and dia suruh aku diam and tidur . rehat banyak banyak . aku pon tak berdaya nak membuka mata ni so aku terus sambung tido aku .dalam mimpi aku ,ada taman bunga , penuh dengan bunga . ada seorang lelaki muncul secara tiba tiba membawa sejambak bunga . dia bagi aku bunga itu . and dalam bunga itu ada cincin . cantik sangat . dia ambil cincin itu and dia melutut dekat depan aku and . aku pun terus tersedar dari mimpi itu . ades potong betul lah . 


mama and papa ada dekat situ . parents aku ni memang kalut sikit kalau aku masuk hospital .tapi at least aku tahu ada orang yang sayang aku kan . kita akan tahu siapa yang akan ambil berat dekat kita bila tiba waktu sakit . thats truth .sarah and fahmi pun ada dekat situ . berseri seri aku tengok muka sarah . then dorang semua keluar , tinggal aku dengan sarah . aku rindu sangat dekat dia. sarah peluk aku . and dia sempat kenakan aku , beb takkan orang luahkan perasaan dekat kau sampai kau pengsan macam ni , kau dah kes parah ni , dia gelak terbahak bahak . aku pun pelik macam mana lah aku boleh pengsan pulak . potong betul la. aku tanya sarah , adam ada datang tak ? sarah angguk and dia kata ,adam yang teman kau semalam. esok tu baru dia kol parents kau and aku bagi tau kau masuk hospital . dia kena basuh dengan parents kau sebab lambat bagi tahu . adam minta maaf gila gila sampai sanggup pergi bawak parents kau sarapan .kelakar aku tengok . nak jaga hati mertua lah katakan . adam balik sekejap . nanti petang dia datang balik. muka aku dah terlalu tebal sekarang. dia jaga aku semalaman . sure dia tengok muka hodoh aku bila tidur . malunya aku.

part 2 .


dia ajak aku duduk . then kitaorang berborak . panjang sangat . hey ,dia best . kepala dia gila gila ,kekadang masuk air. aku suka borak dengan dia. comfortable :). dia gentleman sangat kot. time nak balik dia bukak kan pintu untuk aku . then dia kata dia follow aku sampai aku selamat sampai rumah . ya allah ,kenapa lelaki ni baik sangat dengan aku , jangan lah buat aku jatuh cinta dekat kau ,please. sampai dekat rumah dalam pukul 6 lebih macam tu , dia bukak tingkap , aku ajak dia singgah dia kata next time dia singgah . maybe malu kot. aku masuk rumah . tinjau dekat tingkap,dia still ada lagi dekat situ. pelik betul. 5 minit lepas tu baru dia balik. aku happy sangat hari ini . he's made my day .really made.


hari ni aku busy sangat . banyak kerja kena buat . bukan senang jadi nurse ni. banyak dugaan. tapi kene kuat lah kan. lepas habis time waktu kerja, si dia mesej aku dia kata dia tunggu depan hospital. so aku pun ,cepat2 kemas barang ,then keluar. dia dah terpacak dekat situ. aku terlopong kejap. simple sangat dia pakai hari ni. tapi dah cukup macho bagi aku. dia lambai lambai tangan dekat aku . dia tanya aku nampak hantu kah? aku kata memang nampak hantu , hantu tu ialah awak. dia pandang aku pelik semacam .then dia tanya aku mana awak tahu saya hantu. eh mamat ni ajak bergurau pulak. okay dia stop depan depan kedai mamak. okayy takda kelas betul mamat ni,tak romantik langsung bawak aku pergi mamak jah. aku pun follow jah lah. then dia tarikkan kerusi untuk aku. then dia takda tanya aku pon nak makan apa. dia main order jah . yang pelik tu dia tahu pulak menu favourite aku. roti tisu. wah! sixthsense ni . kitaorang share makan roti tu. maklum lah aku kalau makan depan lelaki selera makan aku tak sebesar selalu. takut maybe.


lepas tu dia stop dekat masjid . maghrib sudah berlabuh . so kitaorang solat kat situ. dia sudah menunjukkan yang dia memang jenis lelaki yang taat pada perintah-NYA. alhamdulilah ,sejuk mata memandang. selepas solat dia bawak aku pergi satu tempat . indah sangat tempat tu .subhanaAllah. aku terpaku sebentar. indah sangat. dia kata kalau dia stress dia akan pergi sini. dia kata aku perempuan pertama dia bawak ke sini. dulu bekas teman wanita dia pun dia tak bawak. aku just okay tapi dalam hati bangga jugak lah kan. dia petik bunga bunga dekat situ dia jadik kan seikat then dia bagi dekat aku, dia suruh simpan baik baik. jaga baik baik macam aku jaga diri aku. wah ,mamat ni pelik sudah. aku just take it and say thank you and bagi senyuman comel aku . dia boleh kata kat aku jangan senyum macam tu,nanti dia tak bagi aku balik rumah. terus aku matikan seyuman aku. dia tanya aku kenapa aku lurus sangat . aku jawab lah lurus lurus ni comel tau. dia gelak terbahak bahak. sampai keluar air mata . aku just pelik ,salahkah jawapan aku tu. dia boleh kata aku ni perasan sangat . aku jelir lidah dekat dia and buntangkan mata aku. dia tiru apa aku buat . and then aku minta diri nak balik. dia pun faham. anak dara tak elok keluar malam sangat kan ,tak melentik lah kan ,tiru ayat aku bukan tomboy sekejap. dia kata thank you buat dia happy sangat hari ini. aku just senyum and say thank you too.


aku masukkan bunga bunga yang dia bagi dalam pasu. aku siram dengan air. cantik bunga bunga tu. aku hantar mesej dekat sarah , aku cakap terima kasih kenalkan aku dengan lelaki yang awesome. sarah kata lelaki yang awesome patut dengan perempuan yang awesome. sarah saja nak bagi aku kembang. and sarah ingatkan aku jangan lupa datang esok,mana boleh aku lupa. dua hari lagi wedding of the year sarah my bestie . takkan mungkin aku lupa. esok aku tidur rumah dia. menghabiskan sisa sisa zaman bujang dengan dia.lepas ni tak dapat lagi nak HUHAHUHA dengan dia macam selalu. sweetdream my prince charming. :)


ting tong ting tong. assalamualaikum .aku bagi salam . tapi sorang pun tak jawab. meriah sangat orang dalm rumah. aku masuk jah lah , jumpa mak sarah . salam makcik and pergi bilik sarah . assalamualaikum pengantin .sarah pusing and jawab salam aku and peluk aku. dia tiba tiba touching pulak. dia ni saja nak buat aku menangis jugak lah ni. aku cakap pengantin tak elok menangis nanti buruk. dia buat muncung itik dia. tak berubah kawan aku ni. aku cakap nanti jangan buat macam tu tau dekat suami kau. lari dia nanti. aku gelak terkekeh kekeh kenakan dia. dia cubit pinggang aku. sarah , harap kau bahgia dengan pilihan kau and aku tahu fahmi lelaki yang baik ,dia boleh jaga kau. kalau dia sakitkan kau bagi tahu aku , biar aku ajar dia. sarah tarik pipi aku ,and dia cakap kau jangan garang garang sangat nanti lari pulak lelaki awesome kau. aku just senyum jah. kembali berangan .


hari ni sah sarah menjadi isteri kepada fahmi . harap mereka bahgia ,mendapat zuriat yang soleh dan soleha and kekal sehingga akhir hayat mereka. amin :) sedang aku sibuk berborak dengan kawan lama aku tiba tiba aku terpandang adam mamat yang dikatakan awesome itu. dia datang rupanya. aku tegur dia, and ajak dia tengok sarah and fahmi. dia pun follow aku dari belakang ,sempat juga aku tangkap kata kata dia yang nak bagi aku kembang . then jumpa sarah and fahmi ,memang sepadan sangat . cantik sarah . then sarah kenakan kitaorang . dia saja cakap kuat kuat ,kau bila lagi bell. memang minta kaki pengantin ni. merah padam muka aku , tak payah letak blusher.adam yang tengok muka aku masa tu tersengih sengih macam kera . suka lah tu. gatal betul mamat ni. tapi dalam hati timbul juga perasaan indah itu. and bayangkan aku and adam yang duduk kat tempat tuu. indahnyaa. bilakah agaknya ? tiada siapa tahu ........



cinta itu indah [part 1]




hari ini indah sangat . lain dari hari hari lain . aku harap ada benda best yang akan jadi . hohoho . bangun bangun pagi , terlompat lompat atas katil . sekali mama aku bukak pintu ternganga mulut dia tengok aku . dia geleng geleng kepala tengok anak dara dia yang sorang ni .dia kata aku macam beruk dapat bunga. dia kata aku dah boleh jadi mak orang tapi perangai macam budak kecik umur 10 tahun. aku tersengih sengih macam kerang busuk pandang mama .aku say hye mama good morningggggggggggggg .lepas tu . aku terus pergi mandi . sebab aku tahu mama sure akan bebel kat aku .


lepas breakfast aku terus salam mama n papa. aku ambil kunci kereta and gerak pergi jumpa sarah. okay now if i die young tengah on air . aku tak tahu kenapa aku suka gila lagu ni . jangan tanya aku. maybe lagu ni ada makna di sebaliknya . maybe . aku drive macam orang gila sebab sarah dah banyak kali call. aku lupa ,aku janji dia pukul 12 . tapi sekarang dah pukul 1 .memang kene tadah telinga lah aku lepas ni. sarah tu kalau bebel boleh tahan .bila dah sampai jusco , aku tengok parking penuh gila. banyak kali gak aku pusing baru jumpa. finalllyyyy ! score .aku kalau bab parking memang lemah sikit. pelan pelan aku masuk tapi apa malang nasib aku , aku rasa aku terlanggar kereta sebelah ni . memang cuak lah kan . bila dah confirm masuk parking , aku keluar , intai kereta tu .calar sikit jah. nasib baik takda orang . kalau tak memang masak aku. aku pon confident jah chow chin chow dari situ macam orang tak bersalah.


aku nampak sarah dari jauh macam cacing kepanasan . kelakar gak minah ni .aku pun buat muka comel aku and minta maaf dekat dia. aku tahu dia memang akan cair tengok muka comel aku ni. seee BINGO . as i say . kejap jah dia dah senyum balik. dia takkan boleh marah aku lama lama. makin cantik aku tengok sarah . makin berseri . maklum lah dah nak jadi isteri orang , mana tak happy. aku bila lagi ? calon pon tak menunjukkan batang hidung ,macam mana nak kahwin. sarah start cari barang hantaran dia untuk fahmi .lepas tu kitaorang singgah makan dekat kopitiam.dia mula la tanya itu ini , yang aku sakit telinga bila dia tanya pasal boyfriend . lepas tu ada hati nak jadi agen pencari jodoh untuk aku. aku cakap kat dia kalau betul nak carikan untuk aku, kau cari yang sedap mata memandang ,boleh jadi suami yang baik , boleh jadi imam aku, boleh membimbing aku ,boleh jadi ayah yang baik kepada anak anak aku. sarah tercengang dengar aku listkan ciri ciri lelaki idaman aku. kelakar betul sarah ni.


sarah minta tolong aku hantarkan dia. dari jauh aku nampak sorang mamat ni ,aku terpaku kejap. hensem gila kot. tinggi pulak tu. sarah menjerit panggil nama aku. aku pon jalan laju laju pergi dekat kereta aku. aku terlupa pulak yang aku ada langgar kereta seseorang .alamak! kereta mamat hensem tu pulak. memang kes carik pasal lah aku ni. sarah kenal pulak dengan mamat tu. sarah tanya kat aku ,aku ada langgar kereta mamat tu ka. aku diam and angguk. aku pon dengan muka kesian pergi lah minta maaf , and tetiba aku terlepas cakap yang aku sebenarnya tak reti sangat parking. dia gelakkan aku. bengang aku dengan dia ni. dia cakap aku lurus. panas nya hati aku. aku pun start enjin and chow dari situ. tak indah langsung hari aku .


sarah bagi tahu aku, ada mamat nak kenal dengan aku. aku tolak . aku kata aku malas nak kenal kenal. ingat tak penat ke kenal kenal ni. bosan pulak tu . asek kenal jah , jadi tak jugak. bosan gila. sarah beriya iya nak aku kenal dengan mamat tu . esok mamat tu nak jumpa dekat kopitiam yang aku pergi semalam. aku pon sebersalah . tak tahu nak pergi ke tak . pening kepala nak bagi keputusan sampai aku tertidur.


semalam aku mimpi aku dating dengan lee dong wook . gila lah mimpi aku tu. dalam mimpi tu lee dong wook senyum manis gila and dia bagi aku coklat . macam tak nak bangun jah dari mimpi tu. sweet sangat mimpi tu. okay dah ,aku siap2 nak pergi dating dengan si mamat yang tidak kukenal siapa itu. harap harap tidak mengecewakan. tepat pukul 2 aku sampai. dari jauh aku nampak seorang lelaki pakai baju hitam n jeans. maybe dia lah kot. aku pon asal boleh pergi tegur. assalamualaikum . ehem ehem. dia jawab salam . suara macho . time dia pusing belakang . alamak. boleh tak aku nak lari. mamat yang aku langgar kereta semalam kot. ape kes dia nak jumpa aku. takkan dia tangkap syok kat aku . okay stop . aku dah start perasan . tapi okay what hensem tuu . tapi hensem jah tada guna gak .


sambung esok lah nak tido HOHOHO :D

dia jodoh aku :)


senyum kau , wajah kau , gelak kau . kenapa aku rasa kau sangat special . kau lain dari perempuan lain . setiap kali kau lalu dekat depan kedai aku ,aku selalu usha kau , n kau tak pernah sedar . kau bukan pandang aku . kau kalau jalan menonong jah ke depan . kadang kadang aku tengok kau ni kelakar sangat . clumsy . tu yang buat aku suka kat kau . bila sehari tak tengok kau rasa macam lain gila .ubat ape lah yang kau pakai ni wahai gadis . HOHOHO


ehem ehem . aku beranikan diri tegur kau for the first time . dengan gaya yang sengaja buat buat macho . aku senyum kat kau semanis manis nya . ehhhh kau balas balik . ya Allah. rasa nak jatuh pengsan lah . sweetnya kau . dari situ lah aku start borak borak dengan kau .sweet sangat time tu . then lama lama kita exchange nombor telefon. malam malam lepas balik keje aku sure akan buat super saver nak cakap dengan kau . nasib baik kau guna maxis kalau tak pokai jugak aku .


sarah. nama secantik orangnya . aku suka dia . serius aku cakap . dia lain . aku rasa macam aku dah jatuh cinta dengan gadis ni . dia tak hipokrit. semua yang dia buat semua spontan tu yang buat dia lagi comel. kalau aku nak gambarkan dia sampai besok pagi pon tak habis . satu malam tu aku luahkan perasaan aku melalui satu lagu yang aku ambil dari drama my girl .aku mainkan untuk dia . dia terdiam . then dia cakap dia terharu sangat sebab dalam dream dia, dia memang nak lelaki idaman dia mainkan gitar untuk dia . and aku cakap kat dia your dreams dah jadi kenyataan .tapi perasaan gembira aku tidak lama . aku hampa .tidur aku ditemani dengan air mata .for the first time aku menangis sebab perempuan .


dia dah ade yang punya sebenarnya . tapi kenapa ! kenapa dia bagi aku harapan jika harapan itu hanya tinggal impian .kenapa dia layan semua panggilan aku . kenapa dia layan aku dengan baik . kenapa ? ahhhh ! perempuan semua sama . mulut manis tapiii hipokrit tak sudah . kalau dah ada yang punya kenapa tidak dari awal dia bagi tahu . kenapa bila perasaan aku , sayang aku , cinta aku dekat dia dah terlalu dalam . tapi aku redha . mungkin ada hikmah semua ini berlaku . aku redha . aku doakan dia bahagia . kerana dia perempuan yang bertakhta di hati aku saat ini . tak mungkin dengan mudah aku akan lupakan dia . aku akan doakan kebahagian dia dari jauh. biar pedih ,biar sakit .biar aku tanggung seorang diri.


6 bulan kemudian ....aku dapat kad jemputan . bila tengok gambar dekat kad tu aku dah dapat agak . dia akan menjadi hak milik orang lain . untungnya orang tu . hari ahad . lagi 3 hari lagi . aku serba salah nak pergi ke tak ? pergi ? tak? pergi ? haaaa pergi jah lah . dia pon pernah menjadi kawan aku . ape salahnya . nak jugak aku tengok siapa mamat yang bertuah sangat tuuu . 


hari yang dinanti pon tiba . berdebar pulak aku. rasa macam aku yang nak kahwin . in your dream la fahmi. mase aku sampai tu .sarah dah terduduk cantik di atas pelamin . cantik nya dia . telan air liur kejap . jeling sebelah . ohhh patutlah tak pandang aku . mamat tu not bad . macam orang kaya jah . pedih hanya tuhan jah tahu . melihat orang yang kau sayang tengah bersanding dengan orang lain . kalau ikut hati yang jahat nak aku tolak mamat tu jauh jauh . aku yang layak duduk sebelah tu .


pokkkk ! ekk siapa lah yang takde keje main renjis renjis air kat aku ni. aku pandang belakang takda pulak orang . budak budak lah ni . haiyoo. sekali lagi dia renjis aku . pandang belakang takda orang . aku dah lah tengah frust menonggeng . nasib tak tertonggeng kat sini . ni kau main main dengan aku . aku dapat kau memang siap kau . aku tak lalu nak makan . soo aku decide na balik jah lah . lagi lama aku kat sini boleh sakit jiwa. aku pon melangkah kan kaki aku . tapi belum sempat aku meneruskan langkah . boommmm ! aku kene simbah dengan air . aku pandang atas . hah ! apesal dia ada kat sini ? bukan .. bukan dia patut kat sana kah ? ha ? aku blur . tak jadi aku nak menghamburkan kemarahan aku . si dia pulak boleh terkekeh kekeh gelak . hampes budak ni . dah lah basahkan aku . dia boleh panjat pokok n baling aku dengan air . 


apakah ini dinamakan jodoh ya Allah . dia memang tercipta untuk aku . ya Allah . perasaan yang sukar nak digambarkan . yang di atas pelamin tu kembar dia . aku pon satu tak baca name yang ada dekat atas kad tu . memang hampir terjatuh jantung aku bila tengok dia yang aku sayang tengah bergayut atas pokok . sabar je lah wahai hati .dia mula membuka cerita . satu per satu . malam masa aku meluahkan perasaan tu. dia sebenarnya takda sape2 pon dalam hidup dia. dia saja nak mentestingkan aku .sebab dia nak tengok sejauh mana aku sayang kat dia . ya Allah . kalau aku boleh peluk perempuan ni, sekarang jugak aku buat . tapi nasib baik iman aku kuat . nak aku jerit biar satu dunia dengar yang AKU SAYANG SARAH N AKU CINTA SARAH SANGAT SANGAT . kenape dia buat aku macam tu . dia seksa hati aku . dia cakap dulu dia ada seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia . hampir nak kahwin tapii last2 dia dapat tahu yang lelaki tu suami orang . start dari situ dia susah nak percaya lelaki .sebab tu dia saja uji aku macam tu .


see sampai sekarang aku takda pengganti dia. sebab takda siapa yang dapat menggantikan dia. bila dia dapat tahu perasaan aku n apa aku rasa bila dia buat macam tu dia minta maaf gila gila kat aku . sampai sanggup menari itik depan aku. haiii sayangnya aku dekat dia hanya Allah saja yang tahu .aku akan jadi guardian angel dia buat selamanya . :) saat itu juga aku mendengar kalimah keramat itu dari bibir dia . happy nya tidak terkata .aku nyanyikan lagu KAU GADISKU untuk dia . dia terharu sampai menitiskan air mata . ya Allah kau kekalkan perasaan aku terhadap dia .biar lah cinta kami kekal hingga ke syurga nanti . amin :)


sarah :awakkk , saya dah jumpa orang yang boleh menyanyi kan lagu untuk saya . hari hari awak kene nyanyi untuk saya boleh ? saya sorang ja tau :D
fahmi :boleh sayanggggg . :D




namie memang suka merepek :D maaf jika ade kesalahan tatabahasa or so on kerana dah lame tak belaja BM HOHOHO


sekian terima kasih :D