Sunday, June 3, 2012

cinta dalam hati 2


"mungkin ini memang jalan takdirku mengagumi tanpa di cintai tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia dengan hidupmu, dengan hidupmu" .

 aku menghayati bait bait lirik cinta dalam hati . aku tak tahu kenapa aku rasa lirik ni ada kaitan dengan aku . ya sangat berkaitan . cinta aku yang hanya mampu menjerit dalam hati tetapi aku tak mampu nak meluahkan secara depan depan . banyak kali aku bagi hint tapi dia tetap tak perasan .aku tak tahu sama ada dia sengaja atau memang tak perasan perasaan aku dekat dia . amir aku harap kau dengar lagu ni dan tahu isi hati aku dekat kau mir . kadang kadang bila aku pendam lama lama hati aku sakit mir . tapi aku tak mampu mir , aku tak mampu nak meluahkan dekat kau . sebab aku takut ! aku takut persahabatan yang terjalin indah ini akan musnah disebabkan perasaan bodoh aku ni . kalau lah aku dapat baca isi hati kau . kalau lah aku tahu apa perasaan kau yang sebenar benarnya dekat aku alangkah indahnya mir . tetapi semua itu mimpi . semua itu harapan yang takkan jadi . 

                                                        on the phone with amir :)

telefon aku menjerit minta diangkat . aku lihat siapa nama yang call aku tengah malam buta ni . aku tersenyum dengan segera aku menjawab . "assalamualaikum pakcik . ada apa kol malam malam buta ni ?" aku memberi salam . "waalaikumsalam nenek , haha saja aku nak kacau kau . aku bosan lah qis , aku tak dapat tidur ni , kau tengah buat apa tu qis ?" aku tengah pikirkan kau mir . . . tetapi kata kata itu hanya mampu diucapkan dalam hati saja . "aku tengah main game ja ni ." "haha kau ni qis macam budak budak lah ! tak habis habis dengan game kau , cuba lah kau buat benda yang berfaedah sikit qis oi ! " "ekk mir main game ni menghilangkan stress ! kau ape tau ? kau cakap ja tau lah , buat semua kau tak tau , haha . " "ehh qis , semua benda aku tau lah ,kau ja yang tak tau . kau tau masak ? tak kan ? hahaha ." "eleh aku sedar lah aku ni tak tau masak , aku tau kau juara kalau masuk dapur ! chef amir lah katakan ." "hahaha tau takpe qis , tapi kau pon apa kurangnya , kalau bab bab fesyen ni bagi kat kau lah kan . itu sebab kau aku lantik jadi mak andam aku secara private ! hahaha ." "ehh , tak nak aku jadi mak andam kau ! ape kelasss haha ." "ehhh , kelasssss nyah , famous kau tau dapat jadi mak andam chef terkenal ni , bukan sebarang orang boleh jadi mak andam aku tau !" "iyalah amir , aku tau semua kau ja nak menang kan mir , takpelah mir amek lah ." "tapi qis ada satu benda kau menang tanpa perlu berlawan dengan semua orang qis . . . " "ha ? ape ape ape ? " kau dah berjaya ambil hati aku qis . . . tapi kata kata tu tak dapat nak diluahkan . . amir menelan air liur dan berlakon untuk menutup perasaannya . "haha kau menang kalau bercakap , kan kau bertih jagung tiada siapa boleh lawan kan qis ! HAHA. " amir menarik nafas lega kerana dapat menutup perasaannya dari dikesan oleh balqis. "amir kau jahat mir ! okay lah mir , malas layan kau , aku nak tidur , assalamualaikum good night mir ." "alah kau qis sikit sikit nak touching , tak gentle lah kau , okay lah qis waalaikumsalam , good night ."

tau tak kadang kadang aku rasa nak menangis nak menjerit sekuat hati aku . nak bagi tau satu dunia aku cinta dia ! aku cinta amir ! tapi aku tak kuat . tau tak sakitnya memendam perasaan seorang diri . sakitnya hanya Allah saja yang tahu !. amir . . . 6 tahun aku kenal dia . .

                                                                6 tahun lepas . . .

"amir ! ada budak baru masuk , cun bro . kau tak nak usha ka ? " saiful dengan nafas tercungap cungap menjerit nama amir dari atas . semua yang mendengar terjenguk jenguk kepala hendak melihat siapa budak baru yang diceritakan oleh saiful . saiful seperti biasa semua benda yang jadi dekat sekolah semua dia tahu . dia terkenal sebagai paparazzi sekolah . amir pula sahabat dia yang terkenal disebabkan ketampanan wajahnya yang menjadi kegilaan semua budak perempuan dalam sekolah . amir digelar 'playboy' di sekolah . "pul , bawa aku jumpa dia , aku nak tengok jauh mana cun dia tu ." "ehhh jauh mir , jauh sangat cun dia , hahaha ." amir menepuk bahu saiful , geram dengan loya buruk kawannya yang seorang ini . sambil berjalan untuk menemui budak baru itu saiful bercoloteh panjang lebar pasal budak baru itu . sesampainya di pejabat guru ,cikgu Amran memanggil Amir menyuruh amir untuk menunjukkan kelas budak baru itu . "ha amir , ini Aina . "hye aina , saya amir , " amir menghulurkan tangan tanda salam perkenalan . tetapi aina hanya senyum dan berjalan pantas ke hadapan . terkejar kejar amir hendak saing jalan dengan aina . "heyyy , awak kenapa sombong sangat ni , saya cuma nak berkawan saja . salah ke ?" "maaf eh , aku tak kawan dengan lelaki buaya macam kau , aku dah diberi amaran supaya jangan layan mamat buaya macam kau ." "ehh siapa bagi tau awak saya buaya ? awak kalau saya buaya saya tak pergi sekolah awak , saya pergi sungai main air lagi best awak ! HAHA " "kelakar lah tu , gelak lah sorang sorang , mana kelas aku ?" "kelas awak dekat atas sekali , mari saya tunjukkan ." amir sengaja melambatkan perjalanan . "eh aina mana awak tau saya ni buaya ? siapa bagi tau awak ?" "kau jangan tak tau aku ada spy dalam sekolah ni ." "ha ? siapa spy awak tu ?" "sepupu aku,nabil . kenal ?" "oh ! mamat skema tu sepupu awak ke !" "ehh jaga mulut kau ,kalau dia skema pon dia tak susahkan kau kan !" aina mula bengang dengan mamat perasan bagus ni , tapi dalam hati dia memuji ketampanan yang dimiliki oleh amir . "okay, kita dah sampai . saya minta diri dulu ya ." amir pun berlalu meninggalkan aina . aina mengetuk pintu dan masuk ke dalam kelas , tetapi aina pelik kerana semua budak budak dalam kelas tu semua nya kelihatan seperti budak tingkatan satu . budak budak itu memandang pelik ke arah aina .aina bertanya kepada guru itu . guru itu menggeleng gelengkan kepalanya . rupa rupanya amir sudah kenakan dia . dia memang sengaja mencari nahas dengan aku . guru itu menunjukkan kelas yang sebenarnya kepada aina .

                                              aina balqisyah VS amir firdaus . . .

satu sekolah sudah kecoh dengan pergaduhan antara amir dengan aina . mereka saling mengenakan antara satu sama lain . amir melekatkan kertas dekat belakang baju aina yang terpapar " SAYA BUDAK PEMALAS " . aina tidak kurang hebatnya . dia memancitkan tayar motor kepunyaan amir . kesannya amir terpaksa balik dengan menolak motornya sampai ke rumah . cikgu cikgu semua pening dengan karenah mereka berdua sampai tidak tahu bagaimana mahu mendamaikan mereka berdua . tapi ada orang cakap kalau kita benci, kita suka . ya ! thats truth . orang yang selama ni macam anjing dengan kucing sudah menjadi rapat bagai aur dengan tebing . ke mana pergi pasti mereka berdua . bagai isi dengan kuku . perdamaian antara mereka disebabkan pada suatu petang , aina berjalan kaki hendak pulang ke rumah , ketika dia hendak melintas jalan tiba tiba ada kereta meluncur laju tetapi aina tidak perasan . aina mendengar orang memanggil namanya memberitahu ada kereta tetapi dia tidak mempedulikan suara itu . amir yang cemas terus berlari dan menolak aina ke tepi jalan . aina yang terkejut tidak mampu berkata apa apa . dia terpaku . amir memarahinya . "wey ,kau kalau nak bunuh diri sekalipun jangan lah bunuh diri depan aku , sejahat jahat aku , aku masih ada perikemanusiaan lagi tau tak !" "errrr . . a..aa.mmmiirrr aaakuu  . aakuu errr." "weyy takkan kau dah jadi gagap wey ?" "terima kasih mir ,kalau kau takda mesti aku dah arwah . terima kasih sangat sangat wey . aku terhutang nyawa dekat kau . " aina mengucapkan terima kasih kepada amir , tapi amir tak mempedulikan dia . "tak payah lah kau nak jiwang jiwang dengan aku , geli lah aku dengar . " "amir , kita mula balik boleh ?" "mula ape pulak kau ni ? dah jadi sewel ke perempuan ni ." "kita buka buku baru mir ? aku nak minta maaf sebab kasar dengan kau , sebab gaduh dengan kau ,dan atas semua lah , maafkan aku ya amir ?"  aina meminta maaf dengan setulus hatinya . dia tidak mahu bergaduh lagi dengan lelaki yang sudah menyelamatkan nyawanya , amir yang memandang muka aina menjadi kelu . "tak nak lah aku kawan dengan kau . kau poyo . kau sombong . bajet cun ." amir menjual mahal , dia mahu melihat seikhlas mana aina mahu berbaik dengan dia . "mir ,aku tau aku yang salah sebab cari gaduh dengan kau . tapi aku ikhlas nak berdamai dengan kau ,aku tak nak bergaduh lagi mir . buka baru ya amir ?" aina membuat muka kasihan dia . "okay aina , kawan ?" amir menghulurkan tangan tanda dia menerima aina sebagai kawan dia . "kawan ." aina menyambut tangan amir .

                                                                   kedai mamak . . .

"weyyy ,siapa name penuh kau ? " amir bertanya kepada aina . "aina balqisyah hakim . kau ?" "sedap nama kau , aku tak nak lah panggil kau aina aku nak panggil qis boleh ?  nama aku amir firdaus johan ." "haha suka hati kau lah nak panggil apa , asal kan ada nama ." "okay qis . " "wey mir aku nak tanya ni !" " tanyalah ?" "kenapa kau playboy ?" "hahaha kau percaya aku playboy ? perempuan yang selalu nak dekat dekat dengan aku , aku tak nak lah dianggap sombong , aku layan ja la . tapi aku tak pernah anggap serious dengan dorang semua . dan kau adalah perempuan pertama yang menyombongkan diri dengan aku dan pertama kali juga aku bergaduh dengan perempuan . bila fikir fikir balik kelakar betul lah ." "ehhh , aku bukan sengaja , sebab aku takut lah masuk dalam mulut buaya thats why aku sengaja menyombongkan diri aku ." "haha ape ape lah kau qis , kau ni lain dari lain lah . " "itu adalah seni namaya HAHAHA kau ape tau mir "

No comments:

Post a Comment